Tidak dapat dinafikan bahawa air fryer ini memudahkan kita semua untuk memasak. Malah, kita pun jadi semakin rajin dan semangat untuk memasak hidangan untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.
Air fryer sebenarnya memudahkan kerja ibu-ibu di dapur. Malah, dapur juga akan lebih kemas dan tidak bersepah. Namun begitu, anda jangan hanya guna sahaja air fryer tersebut. Anda juga perlu tahu cara untuk mencuci air fryer dengan betul agar tiada sisa makanan yang melekat pada bahagian jaring bakul air fryer.
Nak tahu cara yang betul untuk mencuci air fryer anda? Jom ikuti perkongsian daripada Amanda Tan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
CARA MEMBERSIHKAN AIR FRYER
PERALATAN YANG DIPERLUKAN:
Cuka buatan
Soda bikarbonat
Span lembut
Sabun cuci pinggan
Kain bersih
Berus plastik
LANGKAH-LANGKAH:
Ads
Langkah 1
Pastikan air fryer betul-betul sejuk dan telah ditutup suiz.
Langkah 2
Keluarkan bakul jaring dan letak ditepi.
Langkah 3
Ambil tisu dan lap sisa-sisa minyak atau makanan yang ada di dalam bakul. Ia bertujuan untuk memudahkan anda untuk mencucinya. Kemudian, masukkan semula bakul jaring ke dalam bakul.
Langkah 4
Kemudian, didihkan air di dalam periuk lain. Setelah air panas, tuangkan air panas tadi ke dalam bakul air fryer. Ia akan memudahkan sisa makanan yang melekat pada bakul jaring tertanggal dengan lebih mudah. Jangan gosok menggunakan span basuh pinggan untuk mengelakkan coating pada bakul jaring tertanggal. Rendam dalam 3 minit. Jika masih ada sisa yang terlekat, cuba lakukan langkah di bawah ini.
Langkah 5
Masukkan cuka 1 penutup dan masukkan soda bikarbonat dalam suku daripada sudu. Kemudian, goncangkan seketika bakul air fryer anda. Cara ini akan memudahkan sisa makanan pada bahagian jaring tertanggal. Rendam dalam beberapa minit.
Langkah 6
Sementara menunggu sisa makanan tertanggal, anda juga boleh menggunakan senduk kayu atau berus untuk membersihkan bahagian bakul jaring.
Langkah 7
Selepas itu, buang air rendaman tadi. Elakkan daripada memegang bahagian handle air fryer anda, sebaiknya pegang pada sisi bakul sahaja. Kemudian, ambil sedikit sabun dan cuci bersih.
Langkah 8
Cuci bakul air fryer seperti biasa. Cuci pada bahagian luar dan dalam. Bahagian hadapan cukup sekadar gosok dengan tangan untuk mengelakkan ia daripada tercalar.
Ads
Langkah 9
Bilas bersih dengan air. Siap!
CARA MENCUCI BADAN AIR FRYER
Langkah 1
Simpan wayar dengan menolak ke dalam seperti di dalam gambar.
Langkah 2
Baringkan air fryer perlahan-lahan. Kemudian, basahkan kain dengan air tanpa menggunakan sabun. Pastikan kain di dalam keadaan lembap dan tidak berair. Bersihkan elemen pemanas dan lapkan ia secara membulat.
Langkah 3
Kemudian, bersihkan semua bahagian secara lembut.
Ads
Langkah 4
Lapkan juga pada bahagian luar. Barulah nampak cantik dan berkilat.
Langkah 5
Siap!
Jika anda sedang mencari AIR FRYER baru yang murah dan berkualiti, klik DISINI.
Masalah rambut gugur semestinya menghantui wanita. Menurut pakar, masalah rambut gugur ni berpunca dari beberapa faktor. Antaranya ialah tekanan atau stress, penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia berlebihan, folikel rambut tersekat, kekurangan zat dan vitamin, anemia, perubahan hormon, faktor genetik, melahirkan anak dan banyak lagi.
Untuk mengatasinya, ada pelbagai cara serta langkah yang boleh dicuba. Salah satunya ialah menerusi pengambilan makanan yang berkhasiat serta bagus untuk rambut. Pengambilan sumber-sumber makanan ini boleh membantu menguatkan akar, menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan melindungi struktur rambut agar lebih cantik dan tidak gugur.
MAKANAN UNTUK RAMBUT YANG KUAT & SIHAT
1. SALMON
Salmon adalah sumber makanan terbaik untuk rambut. Ia mengandungi protein dan Vitamin D. Malah salmon juga ada asid lemak omega-3 yang bagus untuk menyihatkan kulit kepala, menyuburkan serta melembapkan rambut.
2. YOGURT
foto: healthyfoodbuzz.wordpress.com
Yogurt tinggi kandungan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel akar rambut. Malah ia turut mengandungi Vitamin B5 yang melancarkan aliran darah ke kulit kepala, bantu pertumbuhan rambut dan mencegah rambut gugur.
3. DAGING
foto: onedaycart.com
Jika anda tiada masalah kesihatan, pengambilan daging juga boleh membantu membekalkan sumber protein untuk rambut. Malah ia juga mengandungi Vitamin B, zat besi, zink dan sumber mineral lain yang bagus untuk tubuh.
4. SAYURAN HIJAU
Aneka sayuran hijau seperti bayam, salad, sawi, brokoli dan lain-lain berupaya membantu mencegah rambut rapuh dan mudah rosak. Ini kerana sayuran hijau kaya dengan vitamin A, zat besi, beta karotena, folate dan vitamin C.
5. LOBAK MERAH
Selain bagus untuk mata, lobak merah juga memberikan manfaat kepada rambut. Ia mengandungi Vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan rambut dimana ia membantu dalam pembentukan sebum pada kulit kepala. Sebum adalah elemen penting untuk menstabilkan lembapan kulit kepala.
6. TELUR
foto: homenaturalcures.com
Telur membekalkan sumber protin dan vitamin B iaitu biotin untuk rambut sihat. Kekurangan protin dan vitamin B akan menyebabkan rambut gugur. Biotin juga membantu menguatkan kuku agar tidak rapuh.
6 RESIPI MUDAH & SEDAP GUNA BAHAN YANG BOLEH KUATKAN RAMBUT
1. GRILL SALMON STEAK
BAHAN-BAHAN:
160gm ikan salmon | bersih dan toskan
1 sudu makan serbuk paprika
Tepung gandum secukupnya
100gm sayur campur
Bahan Sos Mustard:
1 sudu makan mentega
1 sudu makan bawang putih | cincang
1 sudu makan biji mustard
90ml krim masakan
1/4 sudu makan serbuk perasa
1/4 sudu makan serbuk lada putih
1/4 sudu makan herba dill
CARA MEMASAK:
Perasakan ikan salmon bersama serbuk paprika.
Panaskan ketuhar dan bakar hingga ikan hingga masak.
Untuk sos, panaskan kuali. Kemudian tumis bawang putih bersama mentega, mustard dan krim masakan.
Perasakan dengan serbuk perasa dan lada putih.
Masak sehingga krim menjadi sederhana pekat menggunakan api perlahan.
Celurkan sayur campuran lebih kurang 3-5 minit di dalam air panas. Toskan.
Letak sayur campuran dalam pinggan, diikuti dengan ikan salmon yang dibakar.
Tuangkan sos di atas ikan salmon.
Segera hidangkan panas-panas.
2. MESIR YOGURT TRIFLE
BAHAN-BAHAN:
Lebihan kek (kek pelangi lebih menarik)
Buah-buahan seperti kiwi, strawberi, pic, anggur
BAHAN FILING:
80gm gula kastor
200gm yogurt asli
10gm gelatin
40gm air
250gm krim tenusu
CARA MEMBUAT FILLING:
Pukul gula dan yogurt. Ketepikan,
Cairkan gelatin, caranya gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler. Biarkan sebentar.
Masukkan krim tenusu ke dalam campuran yogurt dan gula.
Masukkan gelatin. Pukul rata.
CARA MELAPIS:
Letak potongan kek, diikuti dengan adunan yogurt.
Paipkan filling di bahagian tepi.
Seterusnya letak adunan yogurt, lapis dengan buah-buahan dan potongan kek.
Lapis lagi dengan yogurt dan paipkan filing.
Hiaskan dengan buah-buahan dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
3. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN
500gm daging | potong kiub
1 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang Holland | potong kiub
1 lobak merah | potong kiub
2 biji kentang | potong kiub
2 batang seleri | hiris serong
4 ulas bawang putih | cincang
1 sudu makan kicap pekat manis
1 cawan air rebusan tulang
1 sudu teh serbuk Thyme
1 sudu teh serbuk Oregano
2 dua helai daun bay
2 sudu makan tepung gandum 2 sudu makan air | untuk membancuh tepung Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitum dalam kuali, masukkan daging dan balik-balikkannya hingga daging bertukar warna keperangan.
Taburkan garam did an serbuk lada hitam di atasnya, kacau seketika. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan bawanag besar, bawang putih, kacau rata.
Masukkan sayur-sayuran yang telah didadu dan dihiris tadi.
Kemudian masukkan daging dan sayur-sayuran yang telah ditumis ke dalam slow cooker.
Kemudian taburkan Oregano, Thyme, bay leaces dan lada hitam di dalamnya.
Tambah juga kicap dan stok daging.
Renihkan beberapa jam hingga daging empuk.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam periuk, kacau rata hingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Jika terlalu pekat boleh tambah air.
Setelah daging empuk, Stew Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga gaul daging dengan tepung garam dan lada hitam sebelum digoreng dengan memasukkan ke dalam plastik dan goncang supaya sekata campuran.
4. SUP BAYAM IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 ikat sayur bayam hijau | dibersihkan
50gm ikan bilis | ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih | dihiris nipis
500ml air
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit ikan bilis goreng | hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih seketika. Kemudian masukkan ikan bilis. Masak sehingga naik bau.
Kemudian tambahkan air dan biarkan sedikit mendidih. Masukkan sayur bayam dan reneh sehingga sayur masak.
Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah dengan secukupnya.
Tabur ikan bilis goreng dan nikmatinya panas-panas.
5. KARI KENTANG LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm ubi kentang | dipotong kecil
250gm lobak merah | dipotong kecil
½ camca minyak makan
¼ cawan air asam jawa yang pekat
1 labu besar bawang – dibelah dua & dihiris
1 batang serai – dititik
3 helai daun salam
315 gm daging kambing – dicincang halus
2 ½ cawan santan cair
Garam secukup rasa
1 ½ cawan santan pekat
Bahan Giling:
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
6 biji lada merah
½ sudu jintan putih
1 ½ camca jintan manis
3 camca ketumbar – direndang
1 sudu gula
½ sudu belacan – dibakar
CARA MEMASAK:
Pijarkan minyak & gorengkan bawang besar hingga layu.
Masukkan bahan giling & serai. Goreng hingga minyaknya keluar.
Masukkan daun salam & daging.Apabila telah garing, kecilkan api & masukkan santan cair.
Campurkan ubi kentang,lobak merah & bahan perasa. Didihkan perlahan-lahan hingga hampir empuk. Kemudian masukkan kubis & tomato. Masaklah selama 2-3 minit.
Campurkan santan pekat. Didihkan perlahan-lahan selama 5 minit, kemudian masukkan air asam jawa. Sesuaikan rasanya & angkat dari api apabila sayur-sayurannya telah empuk.
6. TELUR DADAR CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | dipukul sebati
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1/2 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh garam
20gm cendawan butang | hiris
20gm cendawan China/Shitake
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan cili merah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang, cendawan dan kicap cair.
Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali lain, masukkan telur, masak dengan api perlahan.
Kemudian masukkan cendawan tadi serta daun bawang semasa telur belum masak sepenuhnya.
Kemudian terbalikkan telur tersebut. Kemudian besarkan sedikit api untuk menggaringkan telur.
Angkat telur dan hiaskan dengan cili potong dan hidangkan.
Untuk mendapatkan Nasi Minyak, Nasi Briyani dan Nasi Tomato yang cantik serta tidak hancur, caranya mudah sahaja. Jom cuba petua perkongsian dari saudari Habibah Badar Bajrai.
CARA-CARANYA:
Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kalin kaup.
Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang,, tindih dengan menggunakan lesung batu.
Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
Tiba-tiba gulai atau kari yang anda masak terlajak pedas dari biasa, mungkin disebabkan anda menggunakan cili padi atau kering yang baru dibeli, jadi tak boleh akan agak kepedasannya. Kesian anak-anak tak boleh makan masakan yang anda masak, sedangkan masakaan itu adalah kegemaran mereka.
Jangan risau ini empat tip RASA kongsikan bagi membantu anda mengurangkan rasa pedas dengan hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja. Ianya mudah dan paling penting rasa pedas dapat dikurangkan dan anak-anak boleh makanan.
TAMBAH SEDIKIT GULA
Ini cara paling mudah, sebab semua dapur pasti ada menyimpan gula. Jadi manfaatkan kelebihan gula yang manis itu untuk mengurangkan sedikit rasa pedas. Apa perlu anda lakukan hanyalah masukkan sedikit gula dalam masakan. Tambahan gula hanya lebih sesuai untuk masakan yang tidak berkuah seperti sambal dan rendang.
MASUKKAN KENTANG
Kentang selain fungsinya boleh menyerap rasa masin, ia juga boleh menghilangkan rasa pedas masakan, terutamanya masakan yang berkuah seperti gulai, kari dan sup. Bila kentang mula empuk, ia akan menyerap rasa pedas kuah ke dalamnya.
TAMBAH AIR
Ini cara paling mudah, tapi cara ini bukan hanya menjadikan kuah cair tetapi jika terlebih air ia turut mengubah rasa masakan. Selain kuah menjadi lebih cair, rasa masin juga akan berkurangan. Sebagai cadangan jika gulai lemak atau kari, anda mungkin boleh tambahkan santan atau susu. Dengan cara ini rasa pedas berkurangan dan kuah tidak menjadi terlalu cair, cuma lebih kuah sahaja.
TAMBAHKAN BAHAN LAIN
Pilihan terakhir jika masakan terlalu pedas, anda boleh tambahkan bahan lain dalam masakan tersebut. Contohnya gulai atau kari yang terlebih pedas, anda boleh tambahkan sayur seperti terung atau buah-buahan seperti nanas atau mangga untuk mengimbangi rasa pedas sebelumnya.
Mudahkan, lepas ni takdalah anda kalut kalau lauk pauk atau sayur terlebih pedas. Tenang dan amalkan petua RASA kongsikan ini.