Cara Mudah & Cepat Masak Pulut Guna Acuan Lompang

Share

Pulut mudah masak jika kena dengan caranya. Ia enak dimakan dengan pelbagai cara seperti dimakan bersama serawa, bubur, dibuat Pulut Inti, Pulut Sambal dan sebagainya. Namun ramai yang kurang gemar membuatnya dek kerana perlu memasak dalam jumlah yang banyak dan mengambil masa yang agak lama. Menerusi perkongsian saudari Nuraishah Binti Ibrahim, beliau kongsikan cara mudah untuk memasak pulut kukus dalam jumlah yang sedikit dan cepat dimasak. Hanya perlukan masa 10 minit sahaja. Jom lihat cara-caranya.

 

TEKNIK KUKUS PULUT SUPAYA CEPAT MASAK & SEDAP DIMAKAN

BAHAN-BAHAN:
Beras pulut beli online disini
Air
Secubit garam
Acuan kuih lompang beli online disini

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan beras pulut dan toskan airnya.
2. Isikan beras pulut ke dalam acuan lompang. Jika suka, boleh oles sedikit minyak pada acuan. Jika tidak oles pun tidak mengapa. Pulut tidak melekat.
3. Isikan air sama paras dengan beras pulut dan secubit garam.


4. Rendam atau biarkan beras pulut terendam bersama air selama 10 minit.
5. Panaskan periuk kukusan. Susun acuan lompang dan kukus selama 10 minit.


6. Jika terlebih masa kukus pun tidak mengapa. Pulut tidak akan lembik.


7. Angkat, keluarkan pulut dari acuan dan bolehlah dinikmati mengikut selera masing-masing.

Kredit resipi & foto: Nuraishah Binti Ibrahim

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN