Bagi penggemar Tat Telur, pasti pernah merasa keenakan Tat Telur Portugis yang biasa dijual di kedai-kedai bakeri. Harga boleh tahan mahal. Jika nak beli dalam jumlah yang banyak, agak ‘gerun’ nak membayarnya. Jadi kalau nak puas makan, apa kata anda hasilkan sendiri. Resipi perkongsian dari saudari Faridah Ainuddin ni antara yang terbaik boleh dicuba. Memang menjadi! Anda bolehlah cuba.

 

RESIPI TAT TELUR PORTUGIS GUNA PUFF PASTRY SEGERA 

 

BAHAN-BAHAN ( dapat 25 biji tat):

  • Puff pastry segera – boleh beli di pasaraya

BAHAN KASTARD:

  • 4 biji telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 150ml air
  • 250ml susu penuh krim ( full cream) – boleh gantikan dengan susu cair
  • 120gm gula kastor
  • 1 sudu makan tepung jagung

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Guna Puff Pastri Segera.

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Canai ‘manja’kulit pastri dan jangan terlalu nipis. Semasa mencanai, tabur sedikit tepung gandum supaya tidak melekat.

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Guna Puff Pastri Segera.

2. Ambil acuan dan letakkan di atas pastri. Potong pastri lebih besar sedikit dari acuan. Sekeping pastri boleh dapat 5 biji tart. Satukan lebihan pastri, bulat-bulatkan, canai semula dan terap. Jika tiada acuan, boleh guna cawan muffin yang keras.

IKLAN

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Guna Puff Pastri Segera.

3. Masukkan pastri ke dalam acuan dan tekan supaya rapat. Pastikan tiada gelembung udara. Ketepikan seketika dan pada masa yang sama, boleh panaskan ketuhar pada suhu 200C.

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Guna Puff Pastri Segera.

4. Untuk menyediakan kastard, satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.

IKLAN

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Guna Puff Pastri Segera.

5. Tapis adunan kastard tadi dan barulah dituang ke dalam acuan berisi pastri tadi. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 40 minit.

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Guna Puff Pastri Segera.

6. Keluarkan tat dan sedia untuk dinikmati.

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Guna Puff Pastri Segera.

Kredit resipi & foto: Faridah Ainuddin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI