Teringin makan murtabak mi segera? Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah, senang sesangat rupanya.  Orang-orang bujang mesti suka ni,  bahan asasnya hanya mi segera, telur. Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je..  Kalaua nak tahu macam mana masak ini DIY yang Rasa kongsikan dengan korang semua.

 MURTABAK MI SEGERA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket mi segera kari | celur dan toskan
  • 2-3 biji telur | ikut suka
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • Sedikit  kubis | hiris halus
  • Sedikit lobak merah | hiris halus
  • Sedikit isi ayam | rebus dan carik-carik
  • 2 bijicili padi | hiris halus
  • Sedikit garam | jika kurang masin

 LANGKAH DEMI LANGKAH:

Cara Mudah Buat Murtabak Mi Segera Sesuai Untuk Bekal.

LANGKAH 1: Masukkan mi segera di dalam mangkuk bersama hirisan sayur-sayuran dan cili.

IKLAN

Cara Mudah Buat Murtabak Mi Segera Sesuai Untuk Bekal.

LANGKAH 2: Masukkan pula hirisan bawang besar dan dan ayam isi yang telah direbus.

Cara Mudah Buat Murtabak Mi Segera Sesuai Untuk Bekal.

IKLAN

LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk lain kemudian campurkan dengan serbuk kari mi segera dan  kacau sebati.

Cara Mudah Buat Murtabak Mi Segera Sesuai Untuk Bekal.

LANGAKAH 4: Tuangkan di dalam mangkuk campuran mi segera dan sayur-sayuran. Kacau rata

IKLAN

Cara Mudah Buat Murtabak Mi Segera Sesuai Untuk Bekal.

LANGKAH 5:  Kacau sebati supaya telur sekata.

Cara Mudah Buat Murtabak Mi Segera Sesuai Untuk Bekal.

LANGKAH 6: Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan campuran mi segera. Goreng hingga masak.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI