Anak-anak suka makan French Fries  @ ubi kentang goreng? Seperti yang kita sedia maklum, makanan sejuk beku memang memudahkan kerja-kerja memasak namun kandungannya adakalanya tinggi garam, mengandungi msg, lemak tepu dan sebagainya. Oleh itu, jika anak-anak suka makan snek seperti kentang goreng, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri. Menerusi perkongsian Mung Ris, beliau kongsikan resipi Homemade French Fries. Rupa sebijik macam kentang sejukbeku yang dibeli tetapi lebih sihat & tentunya jimat wang!

 

CARA BUAT KENTANG GORENG @ FRENCH FRIES HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ubi kentang
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • 1 sudu makan tepung ubi kayu – untuk salut 150gm ubi kentang. Jika nak goreng banyak, gandakan jumlahnya. 1 kg kentang anggaran 7-8 sudu makan tepung ubi kayu.
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit ubi kentang dan potong mengikut saiz yang bersesuaian.

2. Rendam potong ubi kentang di dalam air yang telah dicampur dengan jus limau nipis. Rendam selama 5 minit kemudian toskan.

Cara Mudah Buat French Fries Sedap Secara Homemade

3. Seterusnya, didihkan air yang telah dicampur dengan 1 sudu teh garam. Rebus ubi kentang tadi selama 4 minit sahaja.

IKLAN

4. Angkat dan tapis ubi kentang hingga airnya kering. Biar ubi kentang sejuk.

Cara Mudah Buat French Fries Sedap Secara Homemade

5. Masukkan 150gm ubi kentang ke dalam bekas berpenutup dan masukkan juga 1 sudu makan tepung ubi kayu. Goncangkan hingga ubi kentang bersalut sempurna.

Cara Mudah Buat French Fries Sedap Secara Homemade

6. Panaskan minyak masak dan goreng ubi kentang untuk kali pertama selama 4-5 minit sahaja. Angkat dan sejukkan.

Cara Mudah Buat French Fries Sedap Secara Homemade

IKLAN

7. Jika buat dalam jumlah yang banyak, lebihan ubi kentang yang telah digoreng kali pertama ni boleh disimpan dalam bekas dan disejuk bekukan.

8. Untuk gorengan kali kedua, masukkan ubi kentang tadi dan goreng selama 2 minit. Angkat dan rehatkan selama 4 minit.

Cara Mudah Buat French Fries Sedap Secara Homemade

9. Untuk gorengan terakhir, masukkan ubi kentang dan goreng selama 1 minit sahaja.  Angkat dan toskan minyaknya. Pastikan goreng guna api besar.

 

Kredit resipi & foto: Mung Ris

IKLAN

 

Teringin nak ada AIR FRYER? Ni RASA kongsikan seleksi air fryer terbaik yang anda boleh miliki. Senarainya boleh tengok DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Cara Buat Ayam Goreng Seringgit Yang Sedap Secara Homemade

Nanas Goreng Crispy. Sajian Minum Petang Unik Tapi Sedap.

Tip Goreng Ikan Keli Agar Tak Melekat Pada Kuali

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI