Cara Masak Peria Goreng Rangup & Tak Pahit Guna 2 Bahan

Share

Peria goreng rangup memang sedap! Nampak macam biasa je tapi sayur ni mempunyai nilai khasiat yang luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Walaupun begitu, masih ramai yang kurang menggemari sayur ini dek kerana rasanya yang pahit. Selain dijadikan ulam

, dimasukkan ke dalam masakan, salah satu masakan sedap yang anda boleh hasilkan ialah Peria Goreng Rangup. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Noorfaizah Aziz ni hanya guna 2 bahan. Memang mudah. Jom lihat cara-caranya.

foto: http://healthyliving.natureloc.com

 

 

 

CARA MASAK PERIA GORENG RANGUP GUNA 2 BAHAN

 

BAHAN-BAHAN:

  • Peria katak
  • Tepung goreng serbaguna
  • Air garam

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan peria dan potong nipis-nipis dan pastikan ketebalannya sama.

2. Rendam dalam air garam seketika anggaran 30 minit. Kemudian toskan dan lap sedikit peria menggunakan tisu supaya tidak terlalu basah.

3. Gaul hirisan peria tadi bersama tepung goreng serbaguna hingga bersalut sepenuhnya.

4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng peria hingga garing.

5. Angkat dan toskan minyaknya. Bila dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama.

Kredit resipi & foto: Noorfaizah Aziz

IKLAN