Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI GUNA TEKNIK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Beras
Air
Bekas ( seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
Ads
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
Ads
RESIPI SAMBAL:
Cili merah
Cili padi
Air Asam Jawa
Belacan
Garam secukup rasa
Perisa | jika suka
Limau nipis @ limau kasturi
*Jumlah bahan adalah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
Ads
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.
Ikan bawal memang sedap kalau digoreng dan makan panas-panas. Tapi nak lagi sedap, korang boleh tambah hirisan cili, bawang, serai dan perasa seperti sos tiram atau kicap, memang membangkitkan selera makan ye. Tak perlu nak tumbuk atau blender bagai bahan tumisan. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini, gerenti makan anda sekeluarga bertambah.
IKAN BAWAL GORENG CILI BAWANG BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | saiz sederhana dan bersihkan
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | hiris halus
1 batang serai | hiris halus
20 biji cili padi | hiris
1 sudu teh air asam Jawa
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya |untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal secukupnya untuk menumis.
Tumis bawang besar, bawang putih dan semua bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan air asam Jawa, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan mereneh 1-2 minit.
Tutup api dan tuang tumisan atas ikan bawal goreng tadi.
Bawal Goreng Cili Bawang sedia dihidangkan panas-panas.
INFO Selain ikan goreng tumisan cili bawang ini juga sesuai untuk telur dan ikan yang dikukus.
Siapa kata usia 70 an tak cukup kuat menguli doh roti. Cuba tengok ni hasil roti kampung dengan hanya menguli dengan dua belah tangan tanpa mesin penguli.
.
Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Mak Uda Intan , gebunya.
.
ROTI KAMPUNG ,MAK MENTUA
.
Bahan A
2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung gandum
½ cawan air
*Campurkan semua di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga saiz berganda, bagi mereka yang dah biasa membuat roti pasti tahu kaedah tanzhong
Bahan B
3/4 cawan gula Kastor
4sudu besar marjerin
**pukul hingga sebati
Bahan C
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 biji telur
.
CARA MEMASAK :
Campurkan A+B+1biji telur+3/4cwn air tadi dan kacau sebati.
Masukkan 4 cawan tepung sikit-sikit dan uli hingga jadi doh lembut.
Sekiranya nak gunakan mixer pun ok, tapi mak mentua uli tangan aje.
Biarkan doh rehat dalam 1 jam dan size jadi double.
Bolehlah bakar adunan roti dengan suhu 180 C selama 30 minit.
.
Permukaan roti boleh sapukan planta dan biarkan sejuk sebelum dimakan
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.