Cara Masak Nasi Hujan Panas Yang Mudah, Sedap & Lembut Gebu

Share

Nasi Hujan Panas perkongsian saudara Razzi Hajemi ni nampak sangat mudah disediakan. Sesuai bagi anda yang suka makan aneka nasi bertumis yang mudah dan enak. Nasi Hujan Panas ini sesuai dinikmati bersama lauk Ayam Masak Merah atau Daging Kicap. Pasti berselera makan. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti sukakannya.

 

RESIPI NASI HUJAN PANAS SEDAP & MUDAH DIMASAK

BAHAN-BAHAN:
10 cawan beras basmathibeli online disini
7-8 biji bawang merah – hiris
4-5 ulas bawang putih – hiris


2 inci halia – hiris
2 sudu mentega beli online disini
2 sudu ghee / minyak sapi beli online disini
Rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan – simpul
3 kiub pati ayam beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
1 tin susu cair
2 cawan air – sukat guna cawan sukat beras
Sedikit bawang goreng
Pewarna merah, hijau dan kuning beli online disini
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan beras basmathi. Rebus hingga 80% masak. Ketepikan.
2. Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tambah mentega dan ghee/minyak sapi.
3. Kemudian bahan-bahan yang telah dihiris.


4. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun pandan. Goreng sehingga wangi.


5. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
6. Kemudian masukkan susu cair dan tambah air. Biarkan mendidih.


7. Masukkan beras yang telah direbus 80% masak dan taburkan sedikit bawang goreng.


8. Kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian gaul rata dan letakkan pewarna merah, hijau dan kuning.
9. Gaul lagi dan tutup api. Biarkan periuk “keep warm” selama 10-15 minit.
10. Nasi Hujan Panas siap untuk dihidangkan bersama lauk pauk pilihan.

Kredit resipi & foto: Razzi Hajemi

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN