Terasa nak makan mi? Sajian mi kicap ni paling cepat buat. Kalau nak makan di kedai, agak susah nak jumpa restoran yang jual mi kicap yang kena dengan selera. Jadi, bolehlah cuba masak sendiri. Resipi ni hanya perlukan masa 15 minit je untuk masak. Bila buat sendiri ni, rasanya tentunya lebih sedap, kebersihan terjaga dan paling penting adalah hasil air tangan sendiri. Malah pengguaan minyak bawang putih menaikkan lagi aroma hidangan ini. Barulah suami dan anak-anak makin sayang.
RESIPI MI KICAP PALING MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 keping mi wantan ] rebus
250ml air
1 paket serbuk perencah sup ayam
BAHAN A (UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH):
Ads
3 biji bawang putih ] racik halus
Minyak masak secukupnya
BAHAN B (UNTUK SOS KICAP):
3 biji bawang putih ] racik halus
20ml minyak masak
1cm halia ]tumbuk
50ml kicap manis
50ml sos tiram
50ml kicap pekat
50ml cili sos
1 kiub pati bilis/ayam
5gm lada sulah
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat mi kicap; Celur pak choy hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
2. Letak mi wantan yang telah direbus terlebih dahulu ke dalam kuali atau mangkuk besar dan tuang sedikit minyak bawang putih. Untuk membuat minyak bawang putih: Panaskan minyak dalam kuali sebanyak yang anda mahu. Apabila cukup panas, tumis bawang putih kekuningan dan terbit wangi. Tutup api dan angkat. Ketepikan.
3. Tuangkan pula sos kicap. Untuk membuat sos kicap: Masukkan bawang putih dan halia, tumis hingga naik bau dan masukkan semua kicap, sos tiram dan cili sos dan sedikit air dan kicap pekat. Biar ia mendidih dan masukkan pati ikan bilis atau pati ayam. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Biar mendidih hingga kuah pekat. Biar sejuk. Ketepikan.
Ads
4. Masukkan sedikit perasa ayam . Gaul sebati.
5. Angkat dan hias dengan pak choy, ayam goreng, hirisan cili merah dan parsli. Sedia dinikmati.
Bila tiba bulan Ramadan, ibu-ibu terutamanya yang bekerjaya tentunya sibuk merancang menu yang sedap, mudah dan digemari oleh ahli keluarga. Seawal minggu pertama berpuasa mungkin tiada masalah, namun bila masuk minggu kedua dan seterusnya, mulalah buntu memikirkan menu yang harus disajikan.
Jangan risau kerana MAGGI® berbesar hati berkongsi resipi Mi Maggi Goreng Ayam Kicap Ringkas yang boleh anda cuba masak. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
CARA MASAK MI MAGGI GORENG AYAM KICAP RINGKAS
Waktu memasak: 10 mint
Saiz hidangan: 6 orang
BAHAN-BAHAN
3 paket Mi MAGGI® 2-Minit Ayam
1 sudu besar minyak masak
250gm dada ayam
2 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
50ml air
150gm sayur sawi
50gm lobak merah
30gm daun bawang
10gm cili merah
CARA MEMASAK:
1. Rebuskan Mi MAGGI selama 1 minit dan tapiskan bawah air sejuk untuk memberhentikan proses masakan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang kecil, bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan tumis sehingga masak.
3. Masukkan 2 paket Perencah MAGGI Ayam, kicap manis, kicap pekat dan air. Gaulkan rata.
4. Gaulkan Mi MAGGI dan sayur sawi berserta lobak merah. Gaulkan sehingga sebati dan masak.
Mi Kolok Sarawak ni kalau tengok resipi memang nampak rumit tapi bila makan memang berbaloi sedap dan gerenti puas hati. Jadi apa kata kita cuba masak sendiri. Kalau sudah biasa mesti mudahkan. Sedap ni makan berulang-ulang di hujung minggu ni.
Cubalah ye..
Mi Kolok Daging Sarawak
Bahan-bahan:
3-4 gulung mi sanggul
1 sudu makan perencah sup
100gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 sudu teh sos ikan atau sos soya
1 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara Memasak Sup:
Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
Cara Memasak Mi :
Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
Cara Memasak Sambal:
Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Suka Bihun Goreng Singapura? Tapi selalu gagal kerana terlebik atau terkeras. Jagan risau kali ini RASA kongsikan resipi yang simple dan mudah ikut dari Che’ Nom. Tengok gambar je dah menyelerakan, anda boleh cuba untuk hidangan tengahari ini atau malam mengantikan nasi. Maklumlah dah rasa muak dengan makanan berminyak dan pedas.
BIHUN GORENG SINGAPURA BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun | 400gm
Sedikit minyak| untuk menumis
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuk kecil isi ayam| potong dadu
3 batang fish cake, potong dadu
1 kiub ikan bilis
2 biji telur
Kobis | cincang kasar
Karot| potong mancis
Sedikit sawi | potong
Sedikit tauge | buang ekor
lada sulah (jika suka)
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan BAHAN KISAR HALUS:
5-6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam
CARA MEMASAK:
Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar
Tips: Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik. Resepi Oleh: Che’ Nom