Pasta biasanya ramai memilih untuk dimakan bersama sos citarasa Itali seperti Bolognese, Carbonara dan sebagainya. Bagi anda kurang gemar, boleh je nak guna pasta ni untuk masak hidangan yang kena dengan Melayu seperti goreng dan juga sup. Sedap! Walaupun ringkas, tapi bila dah tambah macam-macam bahan enak seperti sayur, daging, cendawan dan macam-macam lagi, hasilnya pasti anda kagum. Jom cuba.
Ketam, satu lagi makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Macam-macam resipi boleh kita cuba dengan ketam. Bagi yang suka hidangan pedas, boleh cuba masakan ini. Pedas terangkat.
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | bersihkan dan tos
1 batang serai | hiris halus
5 helai daun limau purut | hiris halus
2 pokok daun ketumbar | hiris
10 biji cili padi | hiris
1 biji bawang besar | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang
3cm halia muda | hiris halus
1 sudu makan pes cili
2 sudu makan pes cili Thai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Goreng ketam dan ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga wangi.
Masukkan hirisan cili padi, pes cili dan pes cili Thai, kacau rata.
Seterusnya masukkan ketam goreng bersama hirisan daun limau purut dan ketumbar.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Anda boleh tambah cili padi jika ingin lebih pedas.
Saiz hidangan: 2 orang. Jenis hidangan:Lauk pauk. Waktu memasak:30 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan:Pedas dan kaya dengan aroma daun limau purut dan ketumbar. Anggaran kos: RM20
Ni dia kuah steambot paling mudah dan teramatlah sedapnya. Rebus air dan masukkan dua jenis pes, iaitu pes tom yam dan pes asam pedas, dah menjadi pun supnya.
Pastu boleh masukkan sosej, bahan mix steamboat (dalam peket) laut, cendawan dan mi segera,hmm memang mengenyangkan. Kuah ni kalau dihirup pun puas.Jom buat, mudah sangat hanya tiga langkah memasak aje.
STEAMBOT MUDAH
.
BAHAN-BAHAN :
1 pes tom yam
1 pes asam pedas | Adabi ada
2 kiub ayam
1.5 liter air
1 peket Mix steamboat
Sosej secukupnya
Ikan fuchok goreng secukupnya
Cendawan enoki/cendawan tiram | secukupnya
Mi segera
CARA MEMASAK : 1. Rebus air 1.5liter dan masukkan 2 kiub ayam,1 pes tom yam dan 1 pes asam pedas adabi
2. Dah menggelegak,campurkan mix steamboat,sosej, ikan fuchok goreng, mi segera dan akhir sekali masukkan cendawan.
Bekas isteri polis Puan Hajah Zainab berkongsi resipi yang disimpannya selama 33 tahun selama dia berjiran dengan orang Kelantan. Masakan ikan percik ini memang popular disajikan lebih-lebih lagi ketika bulan puasa. Resipi lama jadi igauan selamat mencuba!
Resipi ni saya simpan dah hampir 33 tahun yang lalu ..semasa saya menjadi isteri Polis berjiran dengan orang Kelantan ..Masa tu dok suka sangat ..Hari-hari buat ..tapi dulu saya suka pakai ikan sungai .(ikan Talapia)- Puan Hajah Zainab
RESIPI IKAN PERCIK KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung(bersihkan,kelar dan bakar)
Kalau pakai ikan Sungai ( ikan Talapia lagi sedap , itupun klu yg mkn ikan sungai lah kan .)
*10 tangkai cili kering rendam bagi lembut
*1 biji bwng besar
*1 inci halia
*sedikit belacan (tak yah letak pun tak apa )
1/2 inchi kunyit hidup @ serbok kunyit pun boleh
2 batang serai ( titikan saja )
Santan dr sebiji kelapa
2 keping asam keping
Garam n perasa
1@2 sudu gula Pasir
Sedikit tepong beras untuk memekat kan kuah
CARA-CARA:
Kisar bahan bertanda *
Masukkan santan dalam periuk
Masukkan bahan kisar tadi
Masukkan serai dan asam keping
Masukkan garam, perasa dan gula
Didihkan atas dapur hingga pekat masukan sediki tepung beras yang dibancuh dengan air terlebih dahulu untuk memekatkan lagi kuah tersebut
Bila siap, curahkan atas ikan yg dah siap bakar. Kemudian nak bakar semula pun boleh, ikutlah cara masing masing .
Masukan dalam periuk tu sekali pun boleh supaya ikan tu mesra bersama kuah .