Cara Masak Kuih Lopes Guna Rice Cooker. Cepat & Sedap.

Share

Teringin nak makan Kuih Lopes tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ye…Ini resipi yang paling senang yang anda boleh cuba. Jika guna cara ni anda tak perlu kukus

dan tak payah gulung dalam daun pisang dah. Boleh siap dalam masa yang singkat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani.
Anda pasti puas hati.

 

RESIPI KUIH LOPES MASAK GUNA RICE COOKER

BAHAN PULUT:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau – jika perlu
  • Kelapa parut secukupnya

BAHAN AIR GULA MELAKA

  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan gula perang
  • 5 cawan air
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.

2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.

3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)

4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.

5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat.  Ketepikan.

6. Sedia untuk dinikmati bersama pulut tadi.

 

Kredit resipi & foto: Shahera Ilani

IKLAN