Cara Masak Kek Gula Hangus Bersarang Guna Periuk Nasi

Share

Suka makan Kek Gula Hangus tapi dekat rumah tak ada ketuhar? Jangan susah hati sebab anda masih boleh masak kek ini hanya menggunakan periuk nasi elektrik. Lebih mudah! Malah kek yang dimasak memang menjadi dan kelihatan sempurna. Tak sabar nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudara Aziz Rais ni.

Sebelum tu admin nak share ada periuk nasi Primada Microcomputer Rice Cooker ni best, kalau beli sekarang ada dapat freegift dan berbaloi sangat. Jangan lupa guna code yang disediakan untuk  dapat potongan harga.

RESIPI KEK GULA HANGUS @ SARANG SEMUT MASAK GUNA RICE COOKER

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 125gm mentega
  • 4 biji telur ayam gred B
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 sudu makan baking soda @ soda bikarbonat

CARA MEMASAK:

1. Panas gula guna api sederhana sehingga hangus ( bukan sampai hangit ya ).

2. Bila gula nampak keperangan, tuangkan air panas sedikit demi sedikit hingga habis.

3. Perlahankan api dan kacau sampai gula hangus dan air sebati.

4. Kemudian masukkan mentega. Kacau dan biarkan seketika.

5. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kacau sebati dengan susu pekat.

6. Masukkan tepung gandum dan baking soda. Kacau sekali lagi sehingga sekata.

7. Kemudian tuangkan gula hangus ( ketika masih suam ) ke dalam adunan sambil dikacau.

8. Oles periuk nasi dengan mentega atau minyak. Kemudian tuang adunan ke dalamnya. Tutup periuk dan tekan butang memasak.

9. Kek akan masak sendirinya selepas butang masak dah tendang naik. Untuk pastikan kek sudah masak, ambil pisau dan cucuk kek. Jika perlu tambah masa, tekan kembali butang masak tadi.

10. Keluarkan kek dan biarkan seketika sebelum sedia untuk dihidangkan.

TIP: Empunya resipi tuang air gula hangus semasa masih suam kerana pada suhu ini baking soda akan cepat bertindak dan tak perlu nak biar atau peram adunan. Boleh terus masukkan ke dalam periuk nasi sahaja.

 

Kredit resipi & foto: Azizi Rais

Jom cuba resipi KEK bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.

https://www.rasa.my/kek-karot-simple-tapi-sedap/

https://www.rasa.my/muffin-pisang-chocolate-chip-sedap-menyelerakan/

https://www.rasa.my/koleksi-resipi-aneka-kek-mentega-sedap-mudah-untuk-raya/


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN