Cara Masak Inti Kacang Merah Homemade Yang Sedap & Tahan Lama

Share

Rupanya tidak susah untuk hasilkan pes inti kacang merah secara homemade. Hanya dengan kombinasi beberapa bahan, anda boleh hasilkan inti kacang merah yang sedap. Bolehlah gunakan untuk buat Pau, Roti Goreng, Roti Bun, Kuih Bom dan bermacam-macam lagi. Tak perlu dah beli inti kacang merah segera. Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Marlia Lia ni boleh dicuba.

 

 

RESIPI PES INTI KACANG MERAH YANG MUDAH, SEDAP & TAHAN LAMA

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm kacang merah – rendam semalaman beli online disini
  • Air secukupnya untuk merebus
  • 2 sudu besar marjerin/ mentega beli online disini
  • 4 sudu besar shortening (lemak sayur) beli online disini
  • 1 keping gula nisan (RASA: boleh guna gula melaka) beli online disini
  • Gula pasir (ikut manis masing-masing. Saya guna 1 cawan lebih sikit)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan – disimpul

 

CARA MEMASAK:

1.Basuh dan bilas kacang merah yang sudah direndam semalaman. Guna kacang merah yang bulat kecil begini. Bukan kidney beans @ kacang merah yang kita buat ABC.

Guna kacang merah biji kecik ni bukan yang besar & lonjong yang biasa letak dalam ABC.

2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.

3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.

4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus di dalam mesin pengisar.

5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, shortening dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat.

Gula nisang. Sesetengah orang panggil gula kerek. Sedap sebab kurang manis berbanding gula kabung berbentuk buluh tu dan gula ni rapuh je, Lebih senang larut dari gula pasir.

6.Sejukkan inti kacang merah sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.

Simpan dalam peti ais. Nak guna baru keluarkan.
Dapat 3 bekas dan ceconet dalam mangkuk plastik tu sebab dah tak muat bekas.
bila dalam suhu bilik, inti kacang merah akan jadi berkilat macam ni

INFO: Marjerin @ mentega digunakan untuk bagi rasa lemak. Boleh gantikan dengan minyak jagung atau minyak masak. Shortening pula fungsinya untuk jadikan inti kelihatan cantik berkilat.

 

 

Kredit resipi & foto: Marlia Lia

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN