Ringkas tetapi sedap! Itulah gambaran bagi resipi chicken perattal yang dikongsi oleh Sheena Supramaniam. Tengok warna masakan itu sahaja sudah dapat merasai keenakan rasanya. Resipi yang patut dicuba kerana ia cepat dan mudah. Boleh buat menu Chicken Perattal untuk makan tengah hari nanti.
Sekarang ni rendang bukan hanya tunggu raya baru boleh makan, bila-bila teringin boleh masak sendiri ye..Istimewanya rendang bukan hanya boleh dipadankan dengan nasi putih semata tetapi juga boleh dimakan dengan nasi impit lemang, pulut, roti dan juga boeh dijadikan inti pizza. Perghhh sedapnya…Kalau korang teringin nak cuba ini lima pilihan rendang yang dikongsikan:-
RENDANG DAGING KERBAU
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kerbau | dihiris lebar
1liter santan pekat
500ml santan cair
4 sudu makan kerisik
3 batang serai | dititik
3cm lengkuas | dititik
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
Bahan Kisar:
10 biji bawang merah
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang putih
2cm halia
3cmkunyit hidup
3 batang serai
CARA MEAMSAK:
Bersihkan daging dan toskan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging, kacau rata, dan biarkan air daging keluar.
Setelah air daging kering masukkan santan cair, biarkan mereneh hingga daging empuk.
Masukkan pula santan pekat, air asam, garam dan gula secukupnya.
Apabila timbul minyak, kecilkan api dan masukkan kerisik.
Teruskan kacau hingga kuah rendang pekat atau kering. Bergantung kepada citarasa anda.
RENDANG AYAM DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
500ml santan pekat
1 helai daun kunyit | dicarik-carik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm lengkuas
2cm halia
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam, kemudan toskan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau lagi hingga ayam kecut dan airnya kering.
Seterusnya masukkan santan dan asam gelugor, biarkan mereneh.
Apabila ayam empuk, keluarkan dan ketepikan seketika.
Masukkan garam dan gula, biarkan mereneh hingga kuah pekat.
Masukkan semua ayam bersama daun kunyit.
Kecilkan api biarkan ia mereneh di atas api sederhana sehingga rendang mengeluarkan minyak.
Sedia dihidangkan bersama Nasi Tomato.
RENDANG PEDAS UDANG
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL |dibersihkan dan tos
1liter santan pekat
2 helai daun kunyit | dicarik-carik
3 batang serai | dititik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar.
Masak sehingga kuah hampir pekat.
Seterusnya, masukkan udang, daun kunyit, serai, asam gelugor, garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
Sedia dihidangkan.
RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang |dipotong dadu
1 ½ liter santan
4 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | disiat-siat
4 helai daun salam
3 batang serai | dititik
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
1 keping gula Melaka
Minyak untuk menunis
Bahan Sangai Dan Kisar Kasar:
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Bahan Kisar:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
4 batang serai
3cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Perapkan daging dengan sedikit bahan kisar lebih kurang dua jam.
Panaskan minyak, tumiskan serai titik, rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging yang telah diperap dan kacau hingga air daging kering.
Masukkan santan, garam gula Melaka, separuh dari kerisik, daun kunyit dan daun salam. Kacau sekali sekala.
Bila kuah pekat dan daging empuk. Masukkan bahan sangai dan sebahagian lagi kerisik tadi.
Kacau hingga rendang betul-betul kering.
RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana
2 liter santan
2 batang serai | racik halus
1 batang serai|titik
4 helai daun limau purut
2cm asam gelugur
2 helai daun kunyit|hiris
BAHAN KISAR:
5 biji buah keras
6 ulas bawang putih
100gm cili besar merah
12 biji bawang merah
100gm cili padi merah
2cm halia |bakar sedikit
2cm lengkuas
3cm kunyit|bakar sedikit
1/2 sudu makan ketumbar
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh jintan| sangrai
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, tuangkan santan, masukkan serai yang dititik, asam gelugur, daun limau purut dan daun kunyit.
Kacau hingga santan mendidih dan pastikan santan yang dimasak tidak pecah.
Setelah santan mendidih, masukkan rempah yang telah dikisar dan gaul sebati kira-kira 20 minit.
Apabila santan mula mengeluarkan minyak, masukkan potongan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana hingga santan mengering.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan hirisan serai. Gaul sebati.
Pernah dengar dan makan kuih alwa? Rupanya comel-comel je dan rasa lemak manis.
Kalau nak jadikan kuih alwa ni untuk goodies majlis pun sangat sesuai. Resipi yang dikongsi Farida Eida ni, senang je nak buatnya tapi kena cepat-cepat tau sebab bila dah sejuk, susah untuk buat bentuk.
3. Nak warnakan adunan, kena buat masa masak. Jangan bagi adunan sejuk sebab nanti susah nak tekan. Angkat bagi siap-siap, masuk dalam piping beg dan cepat-cepat tekan.
Andai berkunjung ke restoran masakan Thailand, pelbagai menu sedap dari hidangan utama sehingga pencuci mulut yang boleh anda cuba. Semuanya enak-enak belaka. Terasa nak makan sajian siam hari ni? Mi Celup Daging ni salah satu yang mudah dicuba. Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
MI CELUP DAGING SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN SAMPINGAN:
Mi kuning | rendam dan celur
Hirisan daging
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur & dihiris
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan mi ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Mi Celup Daging Siam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Mi Celup Siam ini sedikit berbeza daripada mi sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...