Ads

Cara Masak Bubur Sumsum Yang Lembut & Cukup Rasa Lemak Manisnya.

Bubur Sumsum satu lagi manisan atau dissert tradisonal yang kerap dihidangakan di majlis-majlis keraian dulu-dulu, sangat sedap dan mudah disediakan. Sekarang ini pun masih ramai yang membuatnya sebagai dissert. Kepada anda yang belum mencuba, ini resipinya yang boleh dicuba. Gerenti ahli keluarga sukakannya.

BUBUR SUMSUM
BAHAN-BAHAN:
60gm tepung beras
40gm tepung jagung
1 sudu teh tepung ubi
Secubit garam
1 liter santan
BAHAN AIR GULA:
200gm gula melaka
1 sudu makan gula pasir
secubit garam
400 ml air
1 helai daun pandan

Ads

CARA MEMBUAT:

Ads
Ads
  1. Masukkan semua bahan air gula dalama periuk, reneh hingga mendidih dan gula larut. Tutup api, tapis dalam bekas dan sejukkan.
  2. Campur semua tepung dan garam, kacau rata dan masukkan dalam periuk.
  3. Tuangkan santan. Kacau sampai tidak ada yang bergentel.
  4. Masak dengan api kecil sampai meletup letup, pekat dankilat.
  5. Matikan api. Tuang ke dalam mangkuk, biarkan dingin.
  6. Sajikan dengan hidangkan gula merah.

Kredit: @wawawiati

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.