Kalau tak tahu nak masak apa kat rumah, buat je ayam goreng kunyit macam resipi ini. Rasanya sangat sedap dan menaikkan selera makan.om tengok resipi ni. Buat ikut yang diberikan ya.
AYAM GORENG KUNYIT
Ads
Bahan-bahan
• isi ayam potong kecil kecil #
• 1 sudu besar tepung jagung #
• 1 sudu kecil serbuk kari #
• 1 sudu besar serbuk kunyit #
• 1 sudu kecil garam #
• halia (kisar halus) #
• minyak masak
• bawang holland
• kacang panjang
• lobak merah
• bunga kobis
• cili besar
Ads
Cara membuat
1. Satukan bahan-bahan bertanda #. Gaul ayam dengan bahan-bahan ini sampai sebati.
2. Panaskan minyak masak. Minyak kena banyak biar ayam tenggelam.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Bila ayam sudah masak, masukkan sayur-sayuran. Goreng seketika.
Ads
Tip: Halia tu dikisar halus. Itu yang menambah sedap.
Ayam bakar yang sangat ringkas dan mudah di sediakan untuk sebarang majlis. Sos leleh yang menjadi kunci utama kesedapan ayam bakar yang akan jadi rebutan ini.
AYAM BAKAR MELELEH
BAHAN-BAHAN
2kg Ayam (kepak atau paha)
8 sudu besar sos tomato
8 sudu besar sos cili
3 sudu besar gula
2 sudu besar garam
2 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu makan serbuk paprika (letak lebih jika nak pedas)
4 ulas bawang putih ( tumbuk lumat )
3 sudu besar Majerin
BAHAN TAMBAHAN:
Roti marjerin bakar
CARA MENYEDIAKAN:
Ambil periuk dalam dan masukkan majerin dan bawang putih.
Terus masukkan sos cili, sos tomato dan serbuk black paper.
Kemudian paprika, garam, dan gula letak terus.
Gunakan api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
Gaul bersama ayam yang disediakan tadi. Gaul rata lebih kurang 10 minit dan tutup api.
Angkat dan tutup dengan plastik wrapping simpan dalam peti ais 1 malam.
Kemudian bakar dalam oven atau dapur sehingga masak.
*sapukan sos lagi masa terbalikkan ayam yang sedang dibakar
Kebiasaannya, bila kita masak sup ayam, pasti akan gunakan perencah sup ataupun sup bunjut.
Tapi menerusi perkongsian resipi daripada Suzana Othman, dia menyediakan sendiri bahan untuk buat sup ayam tanpa menggunakan rempah.
Sebenarnya, nak masak sup ni tak susah mana pun. Jom kita masak sup ayam guna rempah buatan sendiri.
SUP AYAM TANPA REMPAH SUP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil & direbus empuk. Tak perlu tambah garam (Kita suka rebus ayam terlebih dulu sebab nak jimatkan masa memasak. Sambil-sambil sediakan bahan untuk menumis, ayam pun dah empuk. Kalau korang nak skip proses ni pun tak apa. Ikut cara masing-masing ya) 1 batang serai | ketuk – beli online di sini Rempah 4 sekawan 1 genggam bawang goreng Batang daun sup | racik Garam 1 sudu kecil serbuk pati ayam Minyak untuk menumis
6. Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam. Masak hingga mendidih, tutup api. 7. Sup ayam dah pun siap. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.
8. Enak disaji dengan bubur nasi berlauk, mi, bihun sup atau sedap disaji bersama nasi putih. Selamat mencuba.
Pernah makan dan rasa Teresek Kacang Panjang? Masakan ini popular di Kelantan, lauk rewang yang selalu disajikan semasa rewang kenduri kahwin. Menu ini memang menyelerakan makan beramai walaupun bahannya hanya kacang panjang dengan leher, kepak, kaki, hati dan pedal ayam yang tidak digunakan untuk lauk pauk hari kenduri. Sayang menu ini seperti dilupakan kerana kebanyakan majlis kahwin lauk pauk disediakan oleh katering bukan lagi secara rewang.