
Daun-daunan herba seperti daun pandan, daun limau purut, daun selasih, daun bay, daun kari dan sebagainya pasti menjadi stok di dalam peti ais bukan? Jika ada stok di rumah, memang mudahkan kerja-kerja memasak. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Untuk menyimpan dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku. Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda. Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini Cara Bubur Kacang Hijau Cepat Empuk, Senang Je Rupanya.

Korang suka makan Bubur Kacang Hijau, tapi selalu ambik masa nak rebus kacang hijau tu kan. Sebenarnya masalah ini boleh selesai dengan cara ikut tip yang RASA kongsikan ini. Boleh cuba sebab mudah sangat.

Rendam Kacang Hijau
Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang 3-4 jam atau supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.
Masukkan Kacang Bila Air Mendidih
Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal dalam rebusan kacang.
Api Sederhana
Disarankan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk dan masak sempurna.
Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk
Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang. Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.
Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Pantas Bersih ‘Mixer’ Selepas Buat Kek. Perlu Cuci Jaring Satu Persatu

Dah buat kek atau biskut bab paling remeh nak buat adalah cuci whisk mixer. Kena bersihkan satu persatu jaringnya dan kena basuh dengan cermat.
Jika bengkok boleh jejaskan tekstur adunan. Lagi satu bila dah bengkok atau rosak dan nak tukar kos whisk ini juga bukan murah, lebih RM100 juga.
Cara pantas cuci whisk mixer
Tapi ada satu tip yang dikongsi oleh Syh Bakers melalui akaun TikTok yang boleh diguna pakai oleh mereka yang suka ‘membaking’.
Bakers mungkin dah tahu tip ini, tapi yang belum tahu boleh praktikkan setiap kali selepas baking untuk mudahkan kerja mencuci whisk mixer. Caranya mudah sangat;
1. Selepas selepas menggunakan alat ini, masukkan air dan juga sabun ke dalam mangkuk mixer.

2. Kemudian lock dan putarkan menggunakan kelajuan medium seketika.
3. Bila nampak whisk dah bersih bolehlah tutup dan keluarkan. Memang bersih hasilnya. Tak perlu cuci satu persatu bilah.

INFO: Tip yang sama juga boleh digunakan untuk cuci blender.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Syh Bakers
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal, Idea Bagus Korang Boleh Cuba.

Rasa sayang nak buang lebihan kuah rendang ayam atau daging, sambal ikan atau telur . Jadi anda hanya perlu kreatif sedikit untuk mencipta menu baru supaya lebihan kuah dan sambal ini boleh dimanfaatkan dengan menu baru yang sedap. Secara tidak langsung, ia menggelakkan pembaziran dan menjimatkan masa memasak di dapur.
Berikut cadangan menu yang boleh anda masak hasil dari lebihan kuah atau sambal:-

Kuah Rendang
Lebihan kuah rendang ayam atau daging, anda boleh jadikan pes untuk nasi goreng. Anda hanya perlu tumiskan semula kuah ini dan masukkan nasi di dalamnya, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Boleh juga tambah sedikit sayur dan hirisan cili jika suka. Atau kuah rendang juga sedap dimasukkan dalam telur goreng hancur, ia menjadikan telur yang digoreng lebih sedap.

Sambal Merah
Kalau masak sambal ikan, tapi ikannya sudah habis tapi sambal masih ada, jangan buang ye.Anda boleh olah sedikit untuk buat telur goreng atau rebus dengan citarasa tiga rasa. Apa perlu anda lakukan, panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dengan serai titik, tomato yang dipotong dadu dan hirisan daun limau purut. Kemudian tambahkan dengan lebihan kuah sambal tadi serta sedikit sos cili dan plum, gaul rata dan masukkan telur yang siap di goreng atau rebus. Jika kurang masin boleh tambah secubit garam. Maka jadilah menu baru Telur Berlada Tiga Rasa.

Kuah Kari Daging /Ayam
Sayang kalau anda buang lebihan kuah kari daging atau ayam. Sebenarnya anda boleh gunakan kuah ini untuk campuran dalam penyediaan inti kentang karipap. Caranya mudah saja, anda hanya perlu sediakan kentang yang dipotong dadu kecil, sedikit bawang besar cincang, bawang putih cincang halus dan daun kari. Kemudian tumis, bawang besar dan putih serta daun kari hingga wangi. Masukkan kentang dan kacau rata, diikuti dengan kuah kari tadi. Kacau rata hingga kentang empuk dan kuah kering. Tambahkan perasa seperti garam dan gula jika perlu. Tak perlu tambah ayam atau daging lagi, sebab kuah tadi sudah ada rasa ayam atau daging.

Sambal Hijau
Ikan Sambal Hijau, ikan sudah habis, tapi lebihan sambalnya masih ada. Jangan buang, jadikan ia Tukar je dengan udang. . Anda hanya perlu goreng udang, kemudian tumiskan hirisan bawang besar dan sedikit kacang pis. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang tadi hingga wangi kemudian masukkan udang goreng dan kacang pis dan lebihan sambal hijau tadi, kacau rata supaya sebati, jika kurang rasa tambahkan perasa dengan sedikit garam dan gula. Akhir sekali tutup dan hidangkan.

Kuah Pecal
Jika sayur-sayuran untuk pecal sudah habis tapi kuahnya masih berbaki, jangan buang. Anda boleh gunakan untuk jadikan sambal pencicah cucur udang dan cucur sayur. Caranya Anda hanya perlukan sedikit bawang merah dan putih yang di kisar, kemudian tumis hingga wangi. Kemudian masukkan kuah kacang tadi dan tambahkan sedikit air. Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Kuah Spageti Balognes
Percaya atau tidak lebihan kuah balognes boleh digunakan sebagai perencah untuk Nasi Tomato. Anda yang perlu tambah satu atau dua biji tomato cincang, sedikit bawang Holland, halia dan mentega. Caranya mudah sahaja, panaskan mentega dan tumis bawang Holland dan halia. Kemudian masukkan lebihan kuah balognes, kacau rata dan masukkan beras yang telah direndam, seterusnya tambahkan air, tomato cincang serta garam secukupnya. Biarkana nasi masak seperti biasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

