Cara Hasilkan Nugget Homemade Guna Lebihan Nasi Sejuk.

Share

Lebihan nasi selain dihangatkan kembali, boleh juga diolah menjadi pelbagai makanan enak seperti keropok, puding, apam dan sebagainya. Salah satu yang mudah dan sedap untuk dihasilkan ialah nugget homemade menggunakan nasi. Ha…nampak macam ‘rare’ kan? Sesuai sangatlah jika anda ada anak-anak kecil yang suka makan nugget. Buat sendiri pastinya lebih jimat, mengenyangkan malah lebih sihat. Jom lihat resipi perkongsian saudari Siti Khadijah Haron

ni. 

 

NUGGET HOMEMADE BUAT GUNA LEBIHAN NASI

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi panas (sebaiknya yang baru masak)
  • Isi ayam mentah | dicincang
  • Serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
  • Telur | dipukul
  • Serbuk roti
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1. Dalam mangkuk besar, satukan nasi, isi ayam cincang, serbuk perasa dan garam. Lenyek-lenyekkan adunan hingga sebati.

2. Kemudian, ambil adunan tadi ikut jumlah yang dikehendaki. Kepal adunan nasi dan leperkan. Susun dalam pinggan.

3. Ambil nugget tadi dan celup kepingan nasi tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata. Tos supaya lebihan telur tidak melekat pada nugget.

4. Kemudian salutkan nugget tadi dengan serbuk roti hingga sekata. Ulang langkah hingga habis.

5. Sebelum dinikmati, sejuk bekukan nugget nasi supaya salutan melekat sempurna dan kemudian bolehlah digoreng hingga keperangan.

6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Siti Khadijah Haron

 

 

IKLAN