
Petang-petang begini memang enak kalau dapat nikmati aneka makanan celup tepung seperti pisang goreng. Pekena pula dengan teh atau kopi panas. Memang layan! Cuma kadang-kadang nak dapatkan bancuhan tepung gorengan yang sempurna tu agak susah. Tapi jangan risau sebab ni ada resipi mudah perkongsian dari saudari Aini Ahmad yang boleh dicuba. Moga bermanfaat!
RESIPI TEPUNG BANCUHAN PISANG GORENG
YANG RANGUP & BERKERAK
BAHAN-BAHAN:
- 450ml air
- 2 cawan tepung gandum
- 4 sudu makan tepung beras
- 4 sudu makan marjerin
- 1 sudu teh garam – agak-agak
- 1 sudu teh serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, tepung gandum dan tepung beras ke dalam mesin pengisar / blender.
2. Kemudian tambahkan marjerin, garam secukup rasa dan serbuk kunyit.
3. Kisar hingga semua bahan sebati dan menjadi bancuhan yang tidak berketul dan lembut.
4. Sedia untuk dicelup dengan pisang atau lain-lain bahan ikut citarasa.
5. Goreng dengan minyak yang panas hingga kekuningan dan garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aini Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sukat Guna Cawan Buat Kuih Bakar Daging, Comfirm Jadi & Sedap.

Mesti ramai sukakan kuih Bakar Daging atau dikenali juga sebagai Kuih Bakar Berlauk. Kali ini RASA sharekan resipinya dengan cara membuat yang sangat mudah, sukat guna cawan je. Bahan-bahan pun hampir setiap dapur rumah kita ada menyimpannya. Apa lagi petang ni korang boleh cuba, taka da acuan, boleh guna loyang je.
KUIH BAKAR DAGING
BAHAN:
BAHAN INTI:
250 gm daging | dicincang halus
1 1/2 sudu makan rempah daging | jenama ikut pilihan
1 labu bawang besar | dicincang
Sedikit daun sup/ketumbar | boleh lebih jika suka
Garam dan perasa secukup rasa
BAHAN ADUNAN TEPUNG:
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/marjerin
CARA MEMBUAT:
- Sediakan inti: Panaskan kuali dan masukkan satu makan minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.
- Masukkan rempah dan goreng sampai wangi.
- Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering.
- Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
- Untuk adunan tepung: Pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair ( susu dan air ). Kacau sampai rata
- Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan dalam blender dan kisar supaya halus.
- Tambah sedikit pewarna kuning dan sedikit garam ( Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa).
- Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar.
- Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, bubuh 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan.
- Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan.
- Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan-lahan dan taburkan hirisan daun sup atau ketumbar. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.
- Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C, menggunakan api atas sahaja ( jika ada ) selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven.
- Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas.
- Buat begini sehingga bancuhan tepung habis.
- Hidang bersama sos cili.
Kredit: Resipi Dapur Kak Chah
Talam Berlauk Versi Kari, Lembut & Sedap Berdaging

Kuih talam yang lembut dan sedap dikunyah memang menjadi kegemaran ramai. Tapi bila dibuat berlauk dengan ramuan daging dan rencah serbuk kari, memang padu sangat rasanya.
Boleh dimasak untuk sarapan mahupun minuman petang. Memang super sedap dan nikmat,jom semak resipi Nurul Shazwani Abd Mutalib. Siap dengan bawang gorengnya.
TALAM BERLAUK KARI
(size 10×10)

BAHAN-BAHAN :
Bahan talam :
- 2 cawan tepung gandum
- 6 sudu makan tepung jagung
- 6 cawan santan
- 2 sudu kecil garam
- 2 biji telor
Bahan inti lauk daging :-
- 1 biji bawang kuning | dipotong dadu
- 2 ulas bawang putih | dipotong dadu
- 2 biji kentang | dipotong dadu
- 200gm daging cincang
- 1 sudu besar pes cili
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Daun sup | dihiris nipis
- Cili merah | dihiris nipis
- Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Cara masak inti daging :
1. Panaskan minyak dalam dua sudu besar. Kemudian tumis bawang hingga layu.
2. Kemudian masukkan pes cili kering dan serbuk kati hingga pecah minyak.
3. Kemudian baru letakkan daging cincang, masak hingga daging empuk dan lembut, masukkan kentang hingga masak hingga semua sebati.

4. Kentang tak perlu tunggu sampai empuk sebab nanti bila dikukus ia akan lembut
5. Perasakan dengan garam dan gula
Masak Talam :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kemudian tapiskan kat dalam periuk.
2. Masak hingga naik wap dalam tiga minit dah okay tuang atas loyang berukuran 10×10 yang sudah dialas plastik
3. Panaskan pengukus dan kemuidan kukus 20 minit, dah masak cakar-cakarkan kemudian taburkan lauk daging tadi di atas tepung talam tu.

4.Taburkan cili merah yang telah dihiris nipis dan daun sup. Kukus balik 10 minit, kemudian kukus lagi 5 minit lagi tanpa penutup pengukus. Siap untuk dihidang.


Kredit : nurul shazwani abd mutalib
FB : RESEPI DARI DAPUR FARIDA 2
Sedap Sungguh, Samosa & Cucur Dari Roti Ni.

Banyak menu boleh diolah dari roti, asalkan kreatif semua boleh buat. Misalnya, roti dilenyek jadi nipis boleh buat kulit samosa dan didadu kecil kemudian gaul dengan telur campur bahan lain dan boleh menjadi cucur. Hasilnya memang terbaik, mak-mak kalau buat ni, anak-anak mesti suka.
SAMOSA INTI KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1 paket roti putih
1 sudu tepung | campur dengan sedikit air
Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN UNTUK INTI KENTANG
3-4 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil
100gm daging kisar
1 biji bawang Holland | potong dadu kecil
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Untuk inti: Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang Holland, bawang bawah putih dan daun kari hingga kekuningan dan wangi.
3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau rata hingga timbul minyak, masukkan daging kisar.
5. Setelah daging kisar bertukar warna, masukkan kentang.
6. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan kentang.
7. Sentiasa kacau hingga air kering dan kentang empuk.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sejukkan.
10. Untuk kulit karipap: Buang bahagian tepi karipap, kemudian gelek roti menjadi nipis.
11. Beruskan campuran tepung dengan air tadi sebagai gam di keliling bahagian tepi roti.
12. Letakkan inti di atas roti dan lipat menjadi bentuk tiga segi.
13. Tekan dengan garpu bahagian tepi (untuk lebih mudah gunakan acuan karipap).
14. Setelah siap karipap sedia digoreng.
15. Panaskan minyak, goreng karipap menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan.
16. Karipap sedia dihidangkan.
INFO : Selain inti kentang, jika ada lebihan sambal bilis atau rendang boleh juga dijadikan inti.
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk.
2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti.
3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata.
4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut.
5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan.
6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan.
7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey.
8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
CHEF: Selain sosej anda boleh juga cincang isi ayam, udang atau ketam. Ikut cita rasa.