Menu Sambal Bilis garing/kering ni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasi panas begitu sahaja pun dha cukup berselera. Jika ada dikalangan anda yang bakal mengerjakan haji, menu ni sesuai dibawa bersama. Boleh tambah tempe goreng atau tauhu goreng juga. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Aien Alaam ni.
SAMBAL BILIS GARING / KERING
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm cili kering
500gm ikan bilis halus – goreng hingga garing
Bawang goreng secukupnya
2 kiub pati ayam
Gula halus secukup rasa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang 10 saat atau sehingga cili menjadi rangup. Jangan sampai hangit kerana nanti cili akan jadi pahit.
2. Tumbuk / kisar kering cili kering yang digoreng tadi hingga halus. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu makan minyak masak. Masukkan kiub pati ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Masak guna api kecil dan jangan sampai hangit.
4. Seterusnya masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Ads
5. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Padam api dan angkat.
6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
Ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mantah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan dengan nasi putih. Tak ada lauk lain pun tak apa.
SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Biasanya bila buat Sambal Tempoyak, anda akan guna cili padi. Tapi menerusi perkongsian saudari Fairuz Abu Hassan beliau menunjukkan cara-cara membuat Sambal Tempoyak Petai Bilis yang sedap menggunakan cili besar. Ha…Walaupun stok cili padi tiada di rumah, masih boleh masak sambal sedap ni tau. Bolehlah cuba. Pasti makan nasi bertambah-tambah.
CARA MASAK SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN: Tempoyak 8 biji cili besar – dikisar 7 biji bawang merah – dikisar – beli online disini 4 ulas bawang putih (ambil yang kecil sahaja untuk elak lebih rasa bawang putih) – dikisar – beli online disini Petai yang siap dikupas Ikan bilis yang telah digoreng – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan yang dikisar dengan minyak gorengan ikan bilis tadi.
2. Masak sampai agak-agak kering. 3. Masukkan tempoyak. Gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
5. Masak sambal hingga pekat. Siap dan sedia untuk dihidang.
6. Jika mahukan sambal yang kelihatan berminyak, boleh masukkan lebih sedikit minyak masak sewaktu menumis.
Anda ada tip masakan warisan turun temurun? Jom kongsi dengan kami dan rebut peluang menang wang tunai RM500! Mana tahu rezeki anda kali ini. Jom daftar dan kongsi tip anda sekarang!
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...