
Dadih memang enak. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk-serbuk dadih segera yang diijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Jafahana Sulaiman ini.
RESIPI DADIH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar tali
- 4 liter air
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 400gm krimer coffeemate
- 4 sudu makan gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut dan mendidih.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair diikuti krimer, gula dan garam. Kacau hingga sebati dan mendidih.
3. Setelah bancuhan betul-betul mendidih, padamkan api, tapis dan tuang ke dalam acuan.
4. Sejukkan dan bolehlah dinikmati.
Info chef: Jika inginkan dadih yang berwarna-warni, tapis adunan ke dalam bekas dan masukkan pewarna kegemaran anda. Kacau hingga sebati dan barulah dimasukkan ke dalam acuan serta disejukkan.
Kredit resipi & gambar: Jafahana Sulaiman
Creamhorn Custard Creamy, Crunchy Di Luar Tapi Rasa Macam Aiskrim

Mencari hidangan sedap dan santai untuk makan petang bersama keluarga? Boleh cuba buat creamhorn custard creamy ini.
Resipi yang dikongsi Nor Al Fatihah ini, mudah saja nak buat. Guna puff pastry ready made saja.
Memang berebut la makannya kerana dengan crunchy di luar dan diisi dengan filling creamy custard dan fresh krim, dah macam makan aiskrim.
CREAMHORN CUSTARD CREAMY
BAHAN-BAHAN:
2 paket puff pastry jenama kawan saiz 4 (40gm x 10pcs) – boleh juga jika nk guna saiz 8
1 biji telur | dipukul
Pewarna oren (untuk creamhorn bentuk lobak merah)
Acuan creamhorn secukupnya (saya diy sendiri je acuan guna aluminium foil, balut pada jari telunjuk jadikan bentuk kon)
TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live
TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live
CARA BUAT:
1. Ambil sekeping puff pastry, potong 8 bahagian. Canai nipis. Kemudian lilitkan pada hujung acuan.
2. Sapu sedikit telur supaya ia melekat. Lilit sampai habis. Sapu telur pada keseluruhan horn dan salut dengan crumble.
3. Untuk buat bentuk lobak merah, tak perlu salut crumble. Hanya sapu telur yang dicampur dengan pewarna oren.
4. Bakar api atas bawah dengan suhu 180•c selama 20 minit hingga keemasan.
5. Bergantung pada ketuhar masing-masing. Selalu periksa dan perhatikan supaya tak hangus. Sejukkan dan keluarkan horn daripada acuan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN CRUMBLE:
50gm tepung gandum – beli online di sini
50gm serbuk badam
50gm mentega – beli online di sini
50gm gula pasir – beli online di sini
CARA-CARA:
Satukan semua bahan. Gaul dan ramas menjadi seperti serbuk roti.
BAHAN KRIM KASTARD:
2 cawan fresh milk
½ cawan gula – beli online di sini
½ cawan tepung kastard – beli online di sini
2 biji telur A
1 sudu teh esen vanila – beli online di sini
Sedikit pewarna kuning
2 sudu besar mentega – beli online di sini
1 ½ cawan non dairy whip cream/fresh cream (dipukul hingga kental dan bertanduk. Tak nak letak pun takpe tapi tak rasa la creamy macam aiskrim tu)
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan kecuali mentega. Kacau dulu sebati, kemudian masak di atas api sederhana kecil hingga pekat dan likat.
2. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sebati. Tuang ke dalam bekas. Sejukkan. Wrapkan permukaannya dengan plastik supaya tak berkepala/berkerak.
3. Pukul whip krim hingga kental (overheat) dan masukkan filling kastad tadi. Pukul lagi hingga sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Saya simpan filling dalam peti ais semalaman, baru picit filling ke dalam horn.
5. Untuk cream horn bentuk lobak merah, lepas picit filling, cucuk dengan daun sup/saleri/pudina.
6. Sedap makan panas-panas dan sejuk-sejuk. Hornnya kekal crunchy walaupun dah sejuk.
Kredit resipi: Nor Al Fatihah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Biskut Dam. Cookies Raya Orang Dulu-Dulu Buat Guna 5 Bahan Je.

Biskut Raya yang menjadi kegemaran dan popular dikalangan mak dan nenek-nenek kita. NAk buangnya sangat senang dan rasanya pun sedap. Nak imbau kembali kenangan raya dulu-dulu? Jom cuba resipi di bawah ni.
RESIPI BISKUT DAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan marjerin pelangi
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 biji telur
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan serbuk koko
CARA MEMASAK:
1. Kacau marjerin dan gula kastor hingga sebati dan kembang.
2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi hingga sebati.
3. Ayak tepung kemudian masukkan ke dalam bancuhan mentega tadi. Uli hingga sebati. Jika doh lembik, tambah sesudu demi sesudu tepung gandum sehingga tidak melekat di tangan.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan pada adunan asal, satu lagi dicampur dengan serbuk koko. Uli sebati.
5. Canai doh satu persatu kemudian potong lebih kuran 1 cm tebal & lebar.
6. Susun kepingan doh secara berselang-seli putih dan coklat. Susun 3×3 bagi membentuk corak dam.
7. Potong doh guna benang. Susun atas dulang.
8. Bakar biskut pada suhu 165C selama 10 minit atau hingga masak. Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar.
Kredit resipi & foto: Saly Nata
Sedapnya Ikan Pari Bakar Bersambal, Layan Sungguh Makan Dengan Nasi Panas

Ikan pari adalah salah satu ikan yang sedap dimakan kalau dibakar. Rasanya sedap, baunya harum dan cukup puas hati dengan perapan yang secukup rasa. Menggunakan Maggi Cukup Rasa sebagai salah satu bahan perapan, menjadikan ikan pari bakar bersambal lebih sedap. RASA berikan resipinya di sini dan korang boleh tonton video yang disediakan untuk cara-cara memasaknya.
IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu teh lada sulah
Gula perang dan lada sulah secukup rasa
2 potong ikan pari (cuci bersih)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, MAGGI CUKUP RASA, asam jawa, serbuk lada sulah dan gula perang secukupnya. Tumis sehingga cili masak.
3. Lumurkan sambal ke atas ikan secara rata.
4. Bakar ikan hingga masak.
JOM TENGOK VIDEO CARA MASAK IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL