Yogurt memang best. Kalau campur dengan aneka buah segar, memang sedap. Selain itu yogurt ni juga pelbagai guna. Boleh letak dalam masakan, minuman, manisan dan macam-macam lagi. Nak belajar buat yogurt secara homemade? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT YOGURT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
300gm susu tepung
1 liter air panas
7 sudu besar yogurt starter (guna yogurt yang ada LIVE CULTURE. Empunya resipi guna brand Nestle Natural Set)
CARA MEMBUAT:
A. BANCUH SUSU:
Dalam periuk, masukkan air panas dan susu tepung. Panaskan guna api sederhana. Sentiasa kacau.
Masak sampai berbuih dekat tepi periuk. Tutup api dan biarkan susu suam.
B. SAMBIL TUNGGU SUSU SUAM, STERIL BALANG KACA.
Ads
1. Penuhkan balang dengan air panas. Steril selama 10 mins 2. Kemudian keringkan secara ‘air dry’. Jangan lap ye. Nanti terkena bakteria.
C. MASUKKAN YOGURT STARTER
1. Bila dah suam kuku, masukkan yogurt 7 sudu besar dan kacau. Kalau ada termometer, suhunya (susu) 60c. ( Nota: JANGAN MASUKKAN YOGURT MASA SUSU PANAS) 2. Kalau tak ada termometer, test dengan hujung jari. Susu masih panas tapi jari tak melecur.
D. MASUKKAN DALAM BALANG
Ads
1. Setelah masukkan yogurt dalam balang, pastikan ada ruang kosong macam balang saya. Ia bertujuan membolehkan bakteria bernafas.
E. SEDIAKAN INKUBATOR
1. Lapik 2-3 helai surat khabar lama dalam bekas tu.
Ads
F. SEDIAKAN AGEN PEMANAS
1. Isi air panas dalam beberapa plastik begini.
G. PERAM!
1. Masukkan balang kaca dalam inkubator. Selitkan plastik air panas di ruang kosong. 2. Pastikan ada sehelai dua surat khabar antara plastik air panas dengan balang. 3. Tutup inkubator. Peram 8 jam. 4. Kalau lepas 8 jam, yogurt anda belum betul-betul kental, gantikan air panas baru dan peram lagi 2-3 jam.
Next time nak buat lagi tak payah beli starter di kedai. Boleh guna yogurt homemade yang ini saja jadi starter. Selamat mencuba!
Pedas, enak berperisa. Sekali cuba pasti nak makan lagi. Ha…jangan tak tahu. Kalau anda biasa makan otak-otak, sata dan sebagainya, kali ni kena cuba Pepes Ayam ni.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam |potong kecil
2 biji limau nipis |ambil air
10 batang pucuk daun kemangi |racik
2 ulas cili merah |racik
1 biji tomato |potong dadu
4 batang daun salam |hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya |sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan rasanya lebih kurang dengan otak-otak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
Bawang Putih (Hiris)
Bawang Holand (Hiris)
Petai (Belah dua)
Cili Api (Hiris)
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
Sedapnya makan cokodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi CokodokPisangsedap dan mudah perkongsian saudari Cik Pooja yang boleh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya lembut dan tak serap minyak. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Jom cuba.
COKODOK PISANG LEMBUT & CANTIK
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi menggunakan jari. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!