![Untitled design (3)](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design-3-6.png)
Jika rasa nak makan sesuatu yang sedap dan enak, boleh cuba resipi ala Twister KFC ni. Bahan-bahannya mudah sahaja dan senang didapati di pasaraya. Cara nak buat pun tak susah. Anda boleh cuba. Sangat sesuai dinikmati semasa minum petang atau dijadikan sajian makan malam.
TWISTER ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
- Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
- Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
- Mayones secukupnya
- Sos Thousand Island secukupnya
- Daun salad secukupnya
- Tomato – potong dadu
- Lobak merah – disagat
- Timun – disagat
- Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
- Tepung gorengan serbaguna
- Telur – dipukul
- Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nenas Goreng, Kudapan Yang Boleh Dicuba Untuk Minum Petang
![Nenas Goreng, Kudapan Yang Boleh Dicuba Untuk Minum Petang](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/06/209816.jpeg)
Rupanya sedap juga nenas goreng viral ni. Sekarang memang tengah viral dekat kelantan “nenas goreng viral” disebabkannya kena beratur panjang untuk mrasai kenikmatan nenas goreng viral, Daripada beratur panjang, lebih baik goreng sendiri di rumah. Lagi puas makan.
Bahan-bahan bancuhan tepung:
2 cawan tepung beras ( cawan teh)
2 sudu tepung jagung
1 sudu air bancuhan air kapur
1 biji telur
Sedikit gula
Sedikit garam
Air jangan terlalu banyak
Pewarna kuning telur
Cara membuat:
1. Campurkan tepung beras dan tepung jagung.
2. Letakkan air bancuhan air kapur.
3. Kemudian masukkan telur.
4. Masukkan sedikit garam dan gula.
5. Kemudian masukkan air tetapi jangan terlalu banyak.
6. Masukkan pewarna kuning telur.
7. Masuk nenas pada bancuhan dan sedia untuk digoreng.
Kredit : Hanita Muhamad
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER? KLIK DI SINI. ADA BANYAK PILIHAN UNTUK ANDA.
Ini Resipi Kuih Lopes Yang Sedap & Mudah, Hanya Tekap Guna Cawan
https://www.rasa.my/cucur-kentang-hanya-guna-tiga-bahan/
Cucur Nasi Pembuka Selera Yang Sedap Dan Mengenyangkan
![Cucur Nasi Pembuka Selera Yang Sedap Dan Mengenyangkan](https://cdn.rasa.my/2021/11/414206.jpeg)
Pernah dengar cucur nasi?? Selalu dengar cucur badak, cucur udang, cucur pisang haa lagi cucur apa? Tapi kali ni lain sedikit, cucur nasi kita panggil. Kalau bagi saya, ni pertama kali dengar cucur nasi. Korang pula macam mana? Nampak sangat mudah nak sediakan bahan-bahannya, rasanya juga boleh tahan sedap! Resepi yang dikongsikan Norzaiha Razali di Facebook ni betul-betul menarik perhatian saya untuk cuba resepi ni. Korang yang dekat rumah pun patut cuba! Kalau ada anak yang tak minat makan nasi pun akan minat makan cucur nasi ni. Jom kita cuba?
RESEPI CUCUR NASI
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
Satu sudu kecil garam
Dua senduk nasi
Satu setengah sudu tepung gandum – BELI DI SINI
Lobak merah cincang – BELI DI SINI
Daun Bawang/Daun kucai
Sedikit minyak – BELI DI SINI
CARA PENYEDIAAN:
- Pecahkan telur dan gaul sebati bersama garam
- Masukkan nasi dan gaul sebati
- Masukkan tepung gandum dan gaul sebati
- Letakkan lobak merah dan daun bawang atau daun kucai gaul sebati.
- Tuangkan minyak ke dalam kuali jangan terlalu banyak atau tenggelamkan cucur nasi ini kerana risau cucur nasi pecah ketika menggoreng.
- Setelah minyak panas, bentukkan bulat dan leper dan masukkan ke dalam kuali biarkan sehingga masak sepenuhnya.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit foto & resepi: Norzaiha Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/ayam-pandan-air-fryer-aroma-yang-memikat-selera/
https://www.rasa.my/resepi-air-fryer-korean-egg-bread-street-food-di-korea-yang-gebu-dan-enak/
https://www.rasa.my/kek-cawan-coklat-mayonis-sedap-dan-mudah-guna-air-fryer-sahaja/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Satay Lembut & Juicy… | Makan Di Mana Eps 20
Jeligho Molek – Rugi Aihhh Tak Cuba!!!
Bebola Keju Tarik Yang Padat Dengan Kentang Dan Keju
Menu Gulung-gulung’… Inti Sedap Best Buat Berbuka dan Moreh Nih.
![Menu Gulung-gulung’… Inti Sedap Best Buat Berbuka dan Moreh Nih.](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-45-17.jpg)
Apa benda yang bergulung tu ? Haah ni ada resipi yang intinya digulung dengan ‘crepe’ tepung. Dalam resipi ni ada yang menggunakan kulit popiah dan tortilla.
Janji ada daging dan sayur-sayuran memang ‘meletop’ rasanya. Snek sihat sedap dimakan waktu buka dan moreh.Buat sahur pun boleh.. Cubalah nanti ya.
1.MALAYSIAN ROLL WITH SHRIMP BASIL
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- ¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
- 6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
- ½ cawan parutan lobak merah
- ½ cawan sengkuang yang diparut
- 20gm badam panggang | ditumbuk kasar
- 3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian
- Kulit popiah secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit.
2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati.
3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan.
4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak :30 minit
Cara memasak : Digaul tanpa masak
Jenis masakan : Kudapan
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang
Info Chef : Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.
2. CHICKEN VEGETABLE WRAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak sayuran
- 1 biji bawang besar | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
- 3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
- ¾ cawan tomato yang didadu
- 11/2 cawan keju cedar yang diparut
- 1 cawan pistachio panggang
- 1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin
- 6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit
4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit.
5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla
6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio.
7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito
Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
3. CHICKEN BURRITO
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 biji bawang holland /dicincang halus
- 1 ulas bawang putih/ dicincang halus
- 100 gm dada ayam/ dipotong kecil
- Garam secukup rasa
- 6 keping tortilla jagung /dibeli siap dari pasaraya
- 3 cawan salad /dipotong kecil
- 1 1/2 keju cheddar parutan keju
- 1/4 sudu teh garam
Bahan sos burrito:
- 3 sudu makan mayonis
- 1 sudu teh serbuk paprika
- 2 sudu makan sos lada hitam
* Dicampur sekali
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, api sederhana
2. Masukkan bawang besar dan masak hingga lembut, kira-kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau 1 minit
4. Masukkan ayam dan 1/4 sudu teh garam. Masak hingga empuk, ketepikan.
5. Panaskan kepingan tortilla jagung mengikut arahan di bungkusan.
6. Letakkan salad di atas setiap tortila, letakkan ayam yang dimasak tadi, dengan parutan keju chedar dan sos burrito. Gulung tortila dan potong dua.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Mexico
Keistimewaan : Sajian sihat salad dan ayam bersos keju dan burrito
INFO CHEF: Sajian ini sunguh mengenyangkan, sandwic versi Mexico. Sedap dihidang dengan ‘hash brown’
4. HO CHI MINH SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN :
- 170 gm soo hoon (dicelur)
- 6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
- 12 keping kulit popia (dicelur)
BAHAN INTI :
- 1/2 kubis china (dihiris halus)
- 200 gm lobak merah (dihiris halus)
- 200 gm timun (dihiris halus)
- 200 gm saderi (dihiris halus)
- 200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
- 50 gm parsli Cina (dihiris halus)
- 50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
- 50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
- 50 gm taugeh
BAHAN SOS :
- 1/2 sudu teh sos ikan
- 1/4 sudu teh gula
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- Air panas secukupnya (1-2 sudu makan)
CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di
kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF :
Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 3 jam
Cara Memasak : Celur
Jenis masakan : Vietnam
Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.