Cara-Cara Buat Minyak Bawang Putih Secara Homemade

Share

Minyak bawang putih

ni memang banyak guna dalam masakan. Selain boleh digunakan untuk menumis, ia juga sangat enak jika dimakan bersama sup. Kalau nak masak apa-apa menu, hanya perlu ceduk dan terus masak. Tak perlu dah susah-susah tumbuk dan panaskan minyak. Resipi yang dikongsi oleh saudari Sharinaz Redwan
memang sangat mudah. Puan-puan boleh cuba.

 

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 labu bawang putih – jumlah bergantung kepada banyak mana anda nak buat.
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Kupas bawang putih, bersihkan dan keringkan dengan tisu.

2. Masukkan ke dalam pengisar makanan ( food processor) dan cincang tanpa guna air.

3. Panaskan minyak dengan banyak menggunakan api sederhana.

4. Tumis bawang putih tadi hingga garing dan keperangan. Angkat.

5. Bila minyak dah sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas bersesuaian dan sedia digunakan dalam masakan.

6. Minyak ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Cukup disimpan di ruang biasa sahaja.

Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan

IKLAN