Antara makanan yang paling popular di pasar malam adalah Taufu Fa. Kalau dahulu dimakan bersama gula putih, tetapi sekarang resipinya dipelbagaikan untuk pilihan pembeli. Selain gula putih, ada juga gula Melaka dan Taufu Fa yang diperisakan dengan perasa pandan. Memandangkan Taufu Fa adalah favourite admin, terasa nak berkongsi resipinya hari ni. Sebenarnya tidaklah susah, cuma memerlukan kesabaran dan sedikit masa untuk membuatnya. Esok hari cuti, mungkin anda boleh mencuba resipi ini di rumah.


Cara Buat Taufu Fa Sedap Macam Pasar Malam Punya.
TAUFU FA  ALA PASAR MALAM

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 150 gram kacang soya
  • 1 liter air
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung *
  • 1/2 sudu kecil sekko /GDL*
  • 1/2 cawan air *
  • 2-3 helai daun pandan

BAHAN AIR GULA:

IKLAN
  • 3 ketul gula Melaka
  • 5 sudu besar gula putih
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Rendamkan kacang soya selama 4-5 jam. Kemudian asingkan kulitnya.
  2. Bersihkan kacang soya dan dikisar bersama 1 liter air. Tapis menggunakan kain nipis.
  3. Masak air soya dengan daun pandan sehingga mendidih.
  4. Sementara itu, satukan bahan-bahan bertanda *.
  5. Apabila air soya sudah mendidih, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan masukkan bahan-bahan bertanda * tadi. Kacau dan tutup bekas.
  6. Tunggu sehingga ½ -1 jam. Jika Taufu Fa anda sudah ‘kental’, bermakna ia boleh dimakan.
  7. Untuk menyediakan bahan air gula, Didihkan semua bahan dalam periuk. Matikan api apabila sudah sedikit pekat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI