
Ikan atau ayam goreng yang dimasak menggunakan pes kunyit homemade memang lebih enak. Aromanya yang wangi, sangat membuka selera. Jika di rumah anda ada tanam atau beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak, boleh cuba buat stok pes kunyit untuk masakan perkongsian saudari Syiqah Jaafar ni. Boleh tahan berbulan-bulan. Berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT STOK PES KUNYIT HOMEMADE UNTUK MASAKAN BERGORENG
BAHAN-BAHAN:
- 2 labu bawang putih
- 300gm kunyit hidup
- 1 bungkus garam halus
- 3 inci halia
- Serbuk kunyit secukupnya – jumlah agak-agak. Fungsinya untuk jadikan pes kurang berair
- Sedikit air
CARA-CARA:
1. Bersihkan dan kikis kulit halia, kunyit. Basuh dan toskan.
2. Satukan kunyit, bawang putih, halia dan sedikit air ( sekadar cukup untuk lumatkan bahan kisar) ke dalam pengisar. Kisar halus.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
4. Masukkan pes kunyit dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Pes ni boleh tahan berbulan-bulan dan sesuai untuk masak aneka makanan bergoreng.
Kredit resipi & foto: Syiqah Jaafar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Resipi Masakan Asli Melayu Yang Comfirm Tambat Selera!

Alangkah enaknya dapat menikmati aneka hidangan Melayu asli seperti asam pedas, masak lemak cili padi, kari dan sebagainya lagi untuk hidangan sekeluarga atau rakan-rakan. Tak susah pun untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak dan pasti puas hati.
1. ASAM PEDAS IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
- 20 tangkai cili kering
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 batang serai – ketuk
- 5-6 batang bendi
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Daun kesum secukupnya
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
- Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
- Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
2. AYAM MASAK LEMAK CILI API
- 1/2 ekor ayam – bersihkan, potong
- 1/2 kg santan
- 5 batang cili ap – ditumbuk halus
- 3 biji kentang – dipotong dadu
- 1 batang serai – ketuk
- 1 biji tomato – belah empat
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 helai daun kunyit
- Santan secukupnya
- Air masak secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Panaskan periuk dan masukkan sedikit air, separuh santan, serbuk kunyit dan serai ke dalam periuk. Kacau sedikit.
- Setelah mendidih, masukkan ayam dan kentang dan tutup seketika supaya ayam dan kentang cepat masak.
- Setelah ayam masak, masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk dan kacau sekata.
- Masukkan tomato, cili merah dan daun kunyit untuk hiasan. Kacau seketika dan tutup api.
- Siap untuk dihidangkan
3. KARI DAGING ISTIMEWA PAK KASIM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg daging – bersihkan dan hiris
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 cm halia
- -5 sudu besar serbuk kari daging
- 2 sudu kecil serbuk cili kering
- 3 biji kentang – dipotong dadu
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- Daun kari secukupnya
- Santan secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit daun kari/daun bawang
CARA MEMBUAT:
- Kisar bawang merah,bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
- Panaskan minyak, masukkan rempah kari daging dan serbuk cili kering ke dalam periuk. Kacau hingga naik minyak.
- Kemudian masukkan kentang, daging dan separuh santan ke dalam periuk. Tutup periuk seketika.
- Kemudian masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan sebati. Tutup api.
- Siap untuk dihidangkan.
Sedap & Tak Hanyir. Ini Cara Buat Ikan Sardin Homemade Guna 3 Bahan .

Bagi anda yang suka makan ikan sardin, menu Ikan Sardin homemade ni memang kena cuba. Barulah rasa lebih yakin, tanpa pengawet dan tentunya lebih sedap! Caranya mudah sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Alia Farhan Said ni.
IKAN SARDIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Ikan selayang/sardin – nak guna mackerel pun boleh
- Sos tomato – boleh guna sos tomato readymade atau boleh juga buat sos tomato homemade
- Sos Cili – untuk beri rasa pedas.
- Air secukupnya
( jumlah sos bergantung pada jumlah ikan dan juga citarasa masing-masing. Boleh ubah suai ikut selera.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan sardin dan buang kepala, sirip dan perut sebersih-bersihnya.
2. Goreng ikan terlebih dahulu namun jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Ambil periuk tekanan ( pressure cooker), masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukan air pada paras ikan sahaja. ( Masak guna pressure cooker air tak akan berkurang. Sebab tu kena guna air pada jumlah yang sepatutnya sahaja.)
5. Tutup penutup periuk tekanan dan pulas tombol ke SEAL. Set bahagian pressure dan pilih STEAM.
6. Tekan KEEP PRESSURE dan tambah masa ( tekan MIN) hingga ke 59. ( untuk periuk Phillip, settingnya sampai 59 sahaja. Selepas 59 minit, tambah lagi setting yang sama untuk 30-35 minit lagi.
7. Bila dah siap, bunyi ‘beep’ akan berbunyi. Lepaskan wap tekanan terlebih dahulu. Kemudian buka penutup dan keringkan air pada sardin menggunakan mode BAKE. Jika nak tekan butang CHICKEN pun boleh.
8. Bila agak-agak air dah kering dan berpadanan, boleh padamkan api dan masukkan sardin dalam bekas bersesuaian.
9. Sejukkan sardin terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.
10. Bila nak makan, hanya perlu panaskan sahaja.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Alia Farhan Said
Link asal resipi: http://www.aliafarhan.com
Dekat rumah belum ada PRESSURE COOKER? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. Nanti boleh try masak SARDIN HOMEMADE ni.
Nak lebih banyak resipi best guna PRESSURE COOKER? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Rozaini Masak Lemang Guna Pressure Cooker. Guna Buluh Betul dan Cepat DiMasak .
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Peminat Ikan Patin Masak Tempoyak, Memang Kecur Liur Dibuatnya

Ikan Patin Masak Tempoyak memang menjadi kegilaan ramai, lebih-lebih lagi buat warga Pahang. Keenakannya memang tak dapat disangkal lagi. Kalau kuah pekat likat dan pedas, lagi mantul rasanya.
Kini, warga bukan Pahang pun dah semakin ramai menggemari masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Ini termasuklah pada ALeya Seolihah yang telah berkongsikan resipi membuat Ikan Patin Masak Tempoyak.
Meskipun dia dan suami bukan warga asal Pahang, namun keduanya amat menggemari masakan ini. Jom ikuti resipi perkongsiannya.
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin dipotong (ikan ini anggaran 1.5kg)
2 senduk tempoyak (nak letak lebih pun boleh) – Boleh beli online di sini
Cili padi (dikisar) – Boleh beli online di sini
**Jumlah cili terpulang pada tahap kepedasan masing-masing. Kalau tak tahan pedas, letak sikit pun cukup.)
Kunyit hidup (dikisar)
**Jumlah kunyit terpulang pada citarasa masing-masing. Nak letak sikit boleh, nak letak banyak pun boleh.
1 genggam daun kesum (dipotong) – Boleh beli online di sini
5 cawan air (Nak kurangkan boleh, nak lebihkan boleh. Terpulang pada kepekatan kuah yang diinginkan masing-masing.)
Gula
Garam
Ajinomoto (serbuk perasa) – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar, air dan tempoyak. Kacau sebati.
Biarkan hingga menggelegak seketika.
Tempoyak tu nak kisar sekali dengan bahan kisar pun boleh. Ikut selera masing-masing.
Ketika dah nampak kuah makin pekat, masukkan ikan patin.
Apabila ikan dah hampir masak, masukkan daun kesum dan perasa secukup rasa mengikut cita rasa masing-masing.
NOTA: Ada juga yang tambah bunga kantan. Nak letak bunga kantan pun boleh. Tapi untuk kali ini, saya tak letak.
Kalau guna tempoyak yang kurang masam, tambah sekeping asam keping.
Bahan-bahan kisar, nak kisar sekali dengan tempoyak pun boleh. Ikut selera masing-masing.
Kredit: ALeya Seolihah
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Nasi Daging, Air Asam Kerisik Bawang Dan Rendang Telur, Trio Padu!
Gabungan Rasa Dua Negara, Enaknya Spageti Tomyam Pedas Berkrim
Sedapnya Pengat Nangka Jagung Bersagu, Buat Hidangan Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official