Ads

Cara Buat Sendiri TELUR MASIN Cantik Kejadiannya, Penting Didihkan Air Hingga Naik Bunga Garam!

Cara Buat Sendiri TELUR MASIN Cantik Kejadiannya, Penting Didihkan Air Hingga Naik Bunga Garam! Sedapnya telur masin bila dinikmati bersama sambal belacan dan ulam-ulaman segar. Bagi yang gemar lauk kampung, telur masin memang antara menu ringkas yang sentiasa membuka selera. Sebenarnya, cara buat telur masin sendiri di rumah tidaklah sesukar mana seperti yang disangka.

Mudah sahaja nak hasilkan telur masin yang elok, kuningnya masin berlemak dan putihnya tidak terlalu masin. Malah, bila buat sendiri, lebih jimat dan puas hati berbanding beli di kedai yang harganya semakin mahal. Paling penting, kita juga lebih yakin dengan tahap kebersihan dan kualiti telur yang digunakan.

Perkongsian Pengalaman Buat Sendiri Telur Masin

Perkongsian pengalaman daripada Raja Amanina yang membuat sendiri telur masin di rumah boleh dijadikan rujukan, malah hasilnya yang cantik dan menjadi.

“Telur masin ni nina jeruk sendiri je. Dah lama tak beli yang siap jeruk. Alhamdulillah cantik kejadiannya. Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih. Orang Kelantan panggil hingga naik bunga garam.”

Bahan-Bahan:

50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup

Ads

Cara Buat Sendiri TELUR MASIN Cantik Kejadiannya, Penting Didihkan Air Hingga Naik Bunga Garam!

Cara Membuat:

1.Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).

Cara Buat Sendiri TELUR MASIN Cantik Kejadiannya, Penting Didihkan Air Hingga Naik Bunga Garam!2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).

Ads

Cara Buat Sendiri TELUR MASIN Cantik Kejadiannya, Penting Didihkan Air Hingga Naik Bunga Garam!4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.

Cara Buat Sendiri TELUR MASIN Cantik Kejadiannya, Penting Didihkan Air Hingga Naik Bunga Garam! Cara Buat Sendiri TELUR MASIN Cantik Kejadiannya, Penting Didihkan Air Hingga Naik Bunga Garam!

Ads

Siap, Selamat Mencuba!

RASA: Bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.

Sumber: Raja Amanina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Raikan Ramadan & Aidilfitri Bersama Hameediyah, Dari Iftar Nasi Kandar Hingga...

Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!