Resipi Sambal Kicap sedap perkongsian saudari Ida Hassan ni nampak biasa-biasa je. Tapi ada ramuan istimewa yang membuatkan ia jadi lebih sedap dan berbeza dengan yang biasa kita makan.
Oleh itu bagi siapa-siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini. Sangat sedap dinikmati bersama mi sup, bihun sup, mi rebus terengganu atau soto. Memang terbaik.
Malah jika disimpan dalam peti sejuk, sambal ni boleh tahan hingga sebulan. Memang berbaloi kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. Ambil limau kasturi, belah dua dan buang bijinya bagi mengelakkan sambal menjadi pahit.
2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat. Untuk limau kasturi, masukkan 2 biji sahaja. Satu biji lagi hanya perah jusnya sahaja dan kulit dihiris halus.
3. Bila siap dikisar, masukkan kulit limau yang dihiris tadi ke dalam campuran sambal kicap.
4. Letak sambal kicap dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dinikmati.
Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan Bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.
Sambak ikan bilis . sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mantah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata salah satu dari empat sambal bilis ni…
SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Peminat makanan pedas, inilah hidangan yang tengah viral dan confirm buat anda tak duduk diam. Sambal Garing Berapi hasil perkongsian Aisha Shukor! Bukan saja simple, tapi sangat membuka selera walaupun dengan lauk ringkas macam telur goreng atau ikan goreng bersama sayur. Kalau anda makan sambal ni, memang boleh ‘angkat’ selera walau hari biasa.
RESIPI SAMBAL GARING BERAPI
Bahan-Bahan
Ikan bilis
Udang kering
20 biji cili api (lagi banyak, lagi ‘power’)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
Gula & garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang besar, bawang putih & cili api. Tak perlu halus sangat, biar ada tekstur pedas-pedas tu.
2. Tambah ikan bilis & udang kering, tumbuk sekali supaya mudah bersatu.
3. Panaskan minyak (agak banyak) & tumis bahan tumbuk tadi sampai betul-betul garing. Rahsia sambal tahan lama & padu, mesti tumis lama sikit!
4. Masukkan garam dan 1 sudu gula, kemudian kecilkan api dan masak sampai sambal betul-betul kering dan berkilat.
5. Angkat, tapis minyak, dan sejukkan sebelum masuk bekas. Senang nak simpan untuk makan bila-bila.
6. Siap! Sedia untuk dimakan dengan apa-apa lauk yang anda suka.
Sambal Garing Berapi ni memang sedap dan meyengat, rugi kalau anda tak cuba. Jadi, jom buat hari ni juga! Gempakkan meja makan anda dengan sambal homemade yang confirm meletup dan mudah sangat nak buat.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...