Cara Buat Roti Goreng Sosej Cheese Meleleh Paling Sedap.

Share

Sedapnya Roti Goreng Sosej Cheese meleleh ni. Sajian yang cukup mudah untuk dibuat tanpa memerlukan masa yang lama. Gabungan keju, roti, sosej dan telur menghasilkan hidangan yang cukup lengkap untuk sarapan atau makan malam anda. Nak buat untuk minum petang pun boleh. Jom cuba resipi perkongsian saudari Noor Haffiza Mohd Rashid

ni. Anak-anak pasti suka. 

 

ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus roti sandwic
  • Sosej secukupnya
  • Keju cheddar
  • 2 biji telur – lebihkan jika nak buat banyak

 

CARA MEMASAK:

1. Mula-mula sediakan 2 keping roti.

2. Letakkan keju di atas roti diikuti sosej yang dipotong kecil. 

3. Letakkan sekeping lagi keju diatas hirisan sosej diikuti dengan sekeping lagi roti. 

4. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan pukul sedikit.

5. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata.

6. Panaskan kuali dan goreng roti hingga keperangan.

7. Sedia untuk dinikmati

Kredit resipi & foto: Noor Haffiza Mohd Rashid

 

Tercari-cari MICROWAVE baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.

https://www.rasa.my/ini-resipi-masak-1-kilogram-daging-salai-style-asli-negeri-sembilan/

https://www.rasa.my/macam-ni-rupanya-cara-buat-kuah-bakso-asli-indonesia-memang-padu/

https://www.rasa.my/cara-buat-burger-malaysia-yang-lembut-sedap/


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN