Bayangkan betapa nikmatnya makan roti canai panas yang baru dimasak. Selain roti kosong biasa, boleh juga di ‘transform’ menjadi roti telur, roti cheese, roti bawang dan sebagainya. Mudah sahaja! Bahan-bahannya juga ringkas. Kalau buntu tak tahu nak masak apa untuk sarapan, boleh cuba buat roti canai resipi dari perkongsian saudari DMar Ya Nie.
RESIPI ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 kg tepung gandum
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan susu pekat
1 1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
Minyak sapi secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan tepung gandum, minyak masak, susu pekat dan garam. Gaul rata.
Masukkan air secukupnya dan uli sehingga doh menjadi kental dan lembut.
Bulatkan doh sebesar bola golf dan lumurkan dengan minyak sapi. Perap 4 jam barulah ditebar.
Masak diatas kuali dan boleh dinikmati bersama kuah kegemaran.
Sedapnya Roti Poket Doraemon perkongsian saudari Bonda Dihatiku ni. Intinya boleh dipelabagikan ikut cita rasa. Sesuai sangat dijadikan hidangan sarapan, minum petang atau makan malam. Anak-anak pasti suka. Orang dewasa pun berselera kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK ROTI POKET DORAEMON
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Gelek roti hingga nipis. Lakukan satu persatu sampai habis.
2. Gunting roti jadi bentuk bulatan. Pastikan saiz setiap keping adalah sama.
3. Ambil kepingan roti, sapu bancuhan tepung disekeliling dan cantumkan dengan sekeping lagi roti. Lakukan hingga habis.
4. Celup roti dalam telur yang telah dipukul dan golekkan dalam serbuk roti.
5. Goreng roti satu persatu dalam minyak yang banyak dan sederhana panas hingga garing. Angkat dan tos minyak. Sejukkan sebelum dipotong.
6. Potong tengah untuk dptkan bentuk poket doremon. Ketepikan.
7. Goreng hotdog hingga garing. Kemudian goreng pula daging burger yang telah dicincang.
8. Campurkan hotdog dan daging. Masukkan sos cili, mayones dan serbuk lada hitam dengan secukupnya. Gaul sebati.
9. Sumbat bahan inti ke dalam poket doraemon yang telah dipotong tadi. Sedia untuk dinikmati.
Kalau ada stok tuna di rumah, bolehlah cuba dua resipi berasaskan tuna ni. Sedap sesangat. Nak buat pun mudah je. Tak perlu nak pening fikir apa nak masak. Dua menu ini adalah sandwic dan puff. Makan dua menu ni, boleh kenyang lama. Boleh dihidang untuk sarapan atau minum petang.
Bahan-bahan
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (cencang halus)
1 tin tuna
4 keping roti
Sedikit mayones
100 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80 ml air
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Cara memasak
1. Campurkan hirisan bawang, cili dan tuna dalam satu mangkuk. Gaul sebati. Sapukan di atas roti. Letakkan sedikit mayones dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.
2. Bancuh tepung gandum bersama sedikit garam dan air. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.
4. Angkat dan tos.
5. Potong roti menjadi bentuk tiga segi dan sedia dinikmati.
Bahan-bahan inti
150 gram isi tuna dalam tin (toskan)
2 sudu makan mayones
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 biji cili merah (buang biji dan cencang halus)
Daun bawang secukupnya (cencang)
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara memasak
1. Keluarkan puff pastri (segera) dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik. Ketepikan.
2. Campurkan semua bahan inti dan gaul rata.
3. Terap puff pastri mengikut cita rasa dan isi sesudu inti ke dalamnya. Tutup puff dan rapikan tepinya. Susunkan ke dalam dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung. Sapu sedikit kuning telur ke atas puff.
4. Bakar pada suhu 170C selama 10 hingga 12 minit atau sehingga puff keperang-perangan.
5. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wah…Nampak sedap je Roti Bun Manis ni. Selain cicah dengan teh atau kopi, makan macam tu je pun sudah membuka selera. Bagi sesetengah daripada kita yang mula bekerja dari rumah disebabkan PKPB, anak-anak pun tak ke sekolah, bolehlah cuba resipi perkongsian FB saudari Tempias Hawa ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
1. Bancuh yis bersama air suam. Kacau dan biarkan hingga sedikit berbuih.
2. Dalam bekas berlainan, satukan semua bahan kecuali campuran yis. Gaul rata dan sebatikan.
3. Masukkan bancuhan yis dan uli sehingga doh tidak melekat di jari. Pastikan adunan tidak terlalu lembut.
4. Selepas diuli, perap doh selama 1 jam sehingga adunan menjadi kembang seperti dalam gambar di bawah.
5. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh bagi membuang angin.
6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan mengikut bentuk yang diingini. Susun dalam tray atau loyang bersesuaian.
7. Sapu kuning telur diatas doh yang telah dibulatkan tadi.
8. Rehatkan doh sebentar sementara menunggu ketuhar dipanaskan.
9. Bakar roti menggunakan suhu 180C selama 30 minit. Jika suka roti yang lebih keperangan, tambahkan masa membakar namun jangan samapi roti menjadi hangus pula.
10. Keluarkan roti yang siap dibakar dan sapu sedikit marjerin dipermukaannya. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk topping, terpulang untuk letak apa-apa bahan yang dirasa sesuai. Tak sapu kuning telur pun tidak mengapa.