Roti yang biasa kita beli dan makan waktu kecil-kecil dulu. Kini, anda boleh hasilkan sendiri secara homemade. Alangkah bangga jika dapat membuat sendiri roti benggali pada keluarga tercinta. Rasa puas kerana roti dibuat segar, rasa dan kualiti terjamin. Cicah dengan gulai daging atau makan dengan kaya, memang sedap. Cubalah. Puan-puan pasti kagum dengan rasanya.
RESIPI ROTI BENGGALI HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
1000gm tepung high protein
80gm gula
50gm susu tepung
12gm yis
10gm bread improver
2 biji kuning telur
550gm air
18gm marjerin
10gm garam
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan kesemua bahan ke dalam penguli dan uli selama 20 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
Bahagikan kepada empat doh kecil. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
Susun keempat-empat doh tadi di dalam loyang. Guna loyang bertutup.
Sapu marjerin pada keseluruhan loyang termasuk penutup.
Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama mentega dan kaya atau dimakan begitu sahaja.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bahan penting dalam membuat roti ialah yis. Namun tak semuanya akan menjadi seperti roti yang selalu dibeli di bakeri.
Jadi macam mana nak buat roti lembut dan gebu macam yang dijual dibakeri tu? Menerusi perkongsian daripada Khairunnisa Mohammad, menunjukkan tidak mustahil untuk hasilkan roti buku yang lembut di rumah.
1.Masukkan susu, telur, dan gula ke dalam bekas. Kacau rata. 2. Masukkan tepung gandum dan yis. Kacau rata. Dah rata sikit, masukkan garam. 3. Adun rata hingga jadi macam doh. 4. Uli sekejap sampai licin sikit. Masukkan marjerin yang dicairkan. Kalau doh macam lembik sikit, boleh je tambah tepung. Tapi jangan banyak sangat. Paling banyak pun 3/4 cawan gitula. Tangan tu sapu minyak sikit bagi senang urus doh.
5. Uli sampai doh jadi licin dan elastik sikit. Kalau tak elastik sangat pun takpe. Sebab resepi ni saya olah dari resipi roti tanpa uli. Jadi, jangan risau. Ulilah semampu korang saja. Lipat-lipatkan doh tu kalau tak larat uli. Lipat-lipatkan dalam 20 kali gitu. Nanti doh akan jadi lebih licin sikit berbanding tak uli/lipat langsung.
6. Lepas uli secukupnya, bulat-bulatkan doh jadi bentuk bola. Perap sejam. Tutup bekas perapan dengan kain lembap. Doh sepatutnya naik 2 kali ganda ye.
7. Bila doh dah naik, tumbuk doh buang angin. Canai rata. Lipat doh. Kemudian gulung jadi bentuk bantal. 8. Letak doh dalam acuan 7x3x3 yang telah disapu mentega. Perap lagi dalam 40 minit. Biar naik 3 kali ganda. Sebelum bakar, sapu susu atas muka doh.
9. Bakar suhu 180C, api atas bawah, 25 minit. 10. Bila dah masak, sapu mentega cair atas muka roti nak bagi kilat. Biar 10 minit. 11. Keluarkan dari loyang dan siap untuk dipotong. Boleh makan dengan sardin ke, jem ke, sambal ke.
*Cara nak lipat doh untuk roti ni, boleh rujuk mana-mana video dalam youtube ye. Saya tak reti pulak nak jelaskan. Gambar lupa pulak snap. *Nak pelbagaikan pun boleh. Letak kismis, chocolate chips, nak buat butterscotch bread ke. Boleh je. Sebab memang lembut rotinya ni. *Kalau ada mixeratau bread maker, pakailah. Hasil pasti lebih lembut lagi nanti. Saya pakai handmixer. *Saya guna tepung serbaguna lily paket hijau. *Saya pakai susu kotak kecil tu. Fresh milk dutch lady. Panaskan sekejap susu tu. Pastu biar suam-suam dulu baru guna. Kalau guna panas-panas sangat, yis mati.
Resipi pai nangka idea mak. Pernah makan pai berintikan nangka? Menurut puan Shai Anne yang berkongsi resipi ini, idea untuk membuat pai berinti nangka itu dicetuskan oleh maknya.
Ketika itu mereka diberikan buah nangka oleh kakak iparnya. Sedang mencari idea untuk memasak, tiba-tiba mak memberikan idea untuk buat jem nangka. Maka, terjadilah pai nangka ini. Sedap sungguh.
Selain dijadikan pai, boleh dijadikan inti roti dan popia gulung. Peminat nangka terutamanya, wajib cuba resipi ini ye.
Untuk membuat doh; Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk.
Kemudian guna tangan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Untuk menyediakan inti jem; sediakan jem nangka terlebih dahulu. Di dalam kuali, masak isi nangka yang telah dipotong kiub kecil bersama gula pasir sehingga pekat dengan api yang sederhana.
Bila dah pekat, padamkan api dan sejukkan jem nangka terlebih dahulu.
Untuk membuat pai; ambil sekeping kulit pai. Canai doh jadi bentuk empat segi panjang. Terlebih dahulu, tabur sedikit tepung di permukaan papan/meja.
Kemudian sudukan sedikit inti nangka, bubuh di bahagian agak bawah. Kemudian lipatkan kulit pai menutupi inti dan kemaskan sekelilingnya. Boleh gunakan air untuk lekatkan.
Gunakan garfu, tekan-tekan sekeliling pai. Boleh kelar sedikit bahagian atas untuk corak. Setelah itu, sapu sedikit bancuhan telur di permukaan atas pai.
Kemudian bolehlah masukkan ke dalam oven dan bakar hingga masak. Siap.
Belanja rumah boleh dikurangkan jika kita tahu caranya. Salah satu yang boleh anda lakukan ialah menyediakan sajian ala kedai tapi secara homemade. Macam roti canai ni resipi perkongsian saudari Aien Alaam ni. Sangat berbaloi untuk dicuba.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung dan garam. Gaul-gaulkan.
2. Kemudian masukkan marjerin/minyak, susu pekat manis dan telur. Masukkan juga air sedikit demi sedikit dan uli sampai tepung tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Saiznya bergantung pada saiz roti canai yang nak dibuat. Kemudian sapu marjerin ( nak rendam dalam minyak pun boleh)
4. Biarkan doh-doh roti canai tadi selama 3-4 jam barulah boleh ditebar.
5. Canai doh nipis-nipis dan tebar ikut kreativiti. Goreng dalam kuali dan sedia untuk dinikmati bersama kuah pilihan.
6. Jika nak buat untuk sejukbeku, masak doh roti canai cukup sekadar untuk matikan tepung dan bukan sampai garing.
7. Sejukkan dan letak dalam plastik atau bekas bersesuaian. Simpan dalam peti sejukbeku.
Resipi Daging Goreng Halia ala Chinese Muslim yang sedap, mudah dan lembut. Lengkap dengan cara perap daging serta petua masak supaya lebih juicy dan berperisa.