Dah lama tak makan putu bambu. Kalau makan pun bila ke pasar malam dapatlah merasanya. Kalau dah teringin kenalah buat sendiri. Boleh ikut resipi yang dikongsi ini. Petuanya jangan tekan hingga padat supaya hasilnya elok nanti. Dapat tiga biji confirm kenyang.
Putu Bambu
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan air
Gula merah
Daun pandan
Sedikit garam
Ads
Cara memasak:
1.Masak air dalam periuk letak daun pandan dan garam.Garam dah sebati, air dah panas, bau pandan dah naik, padam api.
2.Dalam bekas yang lain, letak tepung beras, masukkan air yang di masak 13 sudu besar.
3.Gaul tepung sampai jadi macam serbuk roti.
4.Ayak tepung guna penapis yang lubangnya agak besar. Penapis kecil susah nak ayak.
Ads
5.Dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi sikit.
Wow, ini pertama kali min dengar nama Bolu iaitu kek span versi Indonesia. Memang nampak sedap.
Resipi bolu dan kek marble adalah perkongsian daripada Rini Handayani, manakala lapis tepung pula daripada Syafiqah Nasuha.
BOLU COKLAT KUKUS
Bolu ialah nama kek yang ada di Indonesia. Jika nama lainnya ialah kek span. Dimasak dengan menggunakan kaedah kukus, hidangan ini sedap dimakan untuk juadah minum petang.
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mixer. Kacau sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan coklat chips. Gaul rata.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan cawan kertas atau acuan plastik lain.
4. Panaskan pengukus. Kukus selama 10 minit.
CARA-CARA:
1.Kacau semua bahan kecuali telur dan tepung selama 20 minit atau sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung, kacau lagi. Selepas itu, masukkan telur satu demi satu. Kacau rata.
3. Bahagikan mengikut warna yang disukai. Masukkan ke dalam loyang mengikut turutan warna. Boleh juga buat lorekan di bahagian atas.
4. Panaskan ketuhar. Bakar dengan menggunakan suhu 160C sehingga masak.
1.Satukan semua bahan dan kacau hingga gula larut dan tapiskan.
2. Bahagikn kepada 6 bahagian (boleh letak warna kesukaan anda)
3. Sapukan minyak atas loyang atau atas plastik.
4. Panaskan pengukus. Setiap lapisan kukus 7 minit, api jangan kuat sangat . Ulang lapis hingga habis bancuhan.. Kukusan yang terakhir kukus 20 minit..
5. Siap! Tunggu sejuk baru potong.
Kuih kayu keramat ini antara kuih tradisi yang berasal dari Terengganu. Lebih kurang macam cakoi tapi katanya kuih ini lebih sedap.
Kuih yang sesuai dihidangkan waktu pagi atau petang ini boleh dimakan begitu saja tapi lagi sedap jika dicicah sambal, kaya, kuah kacang dan sebagainya. Nak tahu rasanya kenalah cuba.
500g tepung gandum
1 camca soda bikarbonat
1 camca teh yis mauripan
6 sudu makan gula (boleh tambah gula lg kalu nk manis.
1 camca makan Planta/mrjerin
230ml/ air suam -dicampur sedikit garam
1. Yis dibancuh dengan sedikit air suam dan biarkan yis kembang seketika.
2. Bancuh gula dengan air lebihan yis tadi.
3. Tepung digaul dengan Planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikarbonat dan digaul rata.
4. Kemudian masukkan air yis dan air gula yang dibancuh tadi sedikit demi sedikit.
5. Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 2 kali
ganda (anggaran sati jam lebih)
6. Apabila doh sudah naik elok, tumbuk-tumbuk dengan tangan untuk mengeluarkan udara.
7. Canaikan doh dan potong memanjang lebih kurang 5-7cm.
8. Panaskan minyak. Tarik sedikit doh dan pusingkan, kemudian boleh terus digoreng. Apabila kekuningan angkat dan tos.
Jemput-jemput Roti Bawang paling ‘simple’ dan mudah nak buat. Memang rangup bila kunyah. Punyalah asyik sampai tak sedar habis sepinggan. Daripada roti dibiarkan begitu sahaja sampai tamat tempoh, elok buat Jemput-Jemput Roti Bawang ini. Pasti habis licin. Jom kita buat Jemput-jemput Roti Bawang seperti yang dikongsikan oleh Suhaidayunie F Rayyan
Roti (5 hingga 6 keping) – carik-carikkan 4 ulas bawang merah – tumbuk kasar 2 ulas bawang putih – tumbuk kasar – BELI ONLINE 1 atau 2 sudu besar ikan bilis (telah digoreng)- tumbuk kasar 1 cawan tepung gandum – BELI ONLINE 1 cawan tepung jagung – BELI ONLINE Sedikit garam dan lada sulah untuk penyedap rasa Air suam
1. Adun dan gaul semua bahan. Biar sekata.
2. Sudukan adunan dan masukkan ke dalam minyak yang sudah dipanaskan di dalam kuali.
3. Agak-agak kekuningan bolehlah diangkat. Sedap dimakan panas-panas. Boleh cicah dengan sos cili atau pun sos cili Thai.
Musim perayaan Hari Raya ni ramai yang ambil kesempatan buat biskut dan kuih raya sendiri di rumah untuk dihidangkan buat para tetamu yang datang nanti. Namun, nak buat biskut perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.