Cara buat puding koktel ini mungkin banyak prosesnya tapi tengoklah hasilnya cantik sangat.
Rasanya jangan bimbang memang sedap. Bagi memastikan puding sebegini kejadiannya pastikan ikut Langkah demi Langkah yang dikongsi oleh Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Cara buat puding koktel berlapis cantik
Bahan-bahan
18g agar-agar bertali – direndam 1/2 jam dan kemudian ditoskan
4 cawan (1 liter) air (atau air pandan)
2 cawan (500 ml) susu cair
1 cawan gula (boleh kurangkan)
1 sudu teh serbuk koko
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pes pandan (jika suka)
Lebih kurang 1 cawan buah koktel dalam tin – ditoskan sirapnya
Esen vanila -jika tidak menggunakan air atau esen pandan)
Ads
Cara membuat
1. Satukan air (atau air pandan) dan agar-agar lalu masak sehingga agar-agar larut. Masukkan susu cair, gula dan vanila (jika menggunakannya). Masak atas api sederhana sambil dikacau selalu sehingga mendidih. Angkat.
2. Tapis adunan tadi dan asingkan lebih kurang 1 – 1 1/4 cawan adunan. Campurkan serbuk koko ke dalam adunan yang masih panas ini dan kacau hingga larut. Jika sukar larut, masak sebentar sambil dikacau hingga koko larut. Ketepikan.
3. Asingkan pula 2 1/2 cawan adunan dan ketepikan. (Biarkan adunan ini berwarna putih)
4. Baki adunan di dalam periuk dicampur dengan pes pandan (jika suka) dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.
5. Tuang 1/2 dari adunan berwarna hijau ke dalam acuan berukuran 7 inci. Ketepikan hingga mengeras.
6. Bila adunan hijau telah mengeras, tuangkan pula 1/2 adunan coklat di atasnya. Ketepikan lagi hingga mengeras.
Ads
7. Bila adunan kedua telah mengeras, tuangkan kesemua adunan putih di atasnya (kalau adunan putih sudah sejuk atau mengeras, panaskan dulu sehingga cair semula baru dituangkan atas lapisan kedua).
8. Taburkan buah-buahan koktel ke dalam adunan putih. Jika ada potongan buah yang agak besar, potong dahulu kepada saiz yang lebih kecil. Ketepikan hingga mengeras.
9. Panaskan baki adunan koko dan tuangkan ke atas adunan putih yang telah keras tadi. Bila lapisan ke empat ini telah mengeras, panaskan baki adunan hijau dan tuang ke atasnya.
Ads
10. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.
TIP
Untuk mendapatkan lapisan yang lekat elok antara satu sama lain, sebelum curahkan lapisan yang baru panaskan dulu adunan tersebut. Kemudian baru curahkan.
Kuih Talam Seri Muka ni memang ada ramai peminat. Kalau beli kuih yang pulutnya lembut dan lapisan santannya lemak-lemak manis, memang puas hati. Sekeping rasa tak cukup. Ramai yang nak belajar buat kuih ni tapi beranggapan ianya susah dihasilkan. Usah risau kerana resipi perkongsian saudari Marian Zainal ni antara yang mudah untuk dicuba. Bak kata empunya resipi, kalau ikut satu-satu resipi beliau, memang menjadi & anti gagal. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT KUIH TALAM SERI MUKA SEDAP, MUDAH & DIJAMIN MENJADI
BAHAN BAHAGIAN PULUT (BAWAH)
1 1/4 cawan beras pulut (basuh dan toskan) – beli online disini
1 1/2 cawan santan sederhana cair
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan (carik & simpul)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air kukusan hingga mendidih.
2. Sapu minyak pada loyang saiz 8×8 dan lapik plastik.
3.Masukan semua bahan dan kukus selama 25-30 minit guna api besar.
4.Bila sudah siap, buang daun pandan. Biarkan sekejap selama 5-10 minit kemudian tekan-tekan hingga betul-betul padat. Ketepikan.
BAHAN BAHAGIAN ATAS (LAPISAN PANDAN):
3 cawan santan sederhana pekat
(kisar bersama 5-6 helai daun pandan dan secubit jintan manis (tak nak letak pun tak apa). Pastikan cukup 3 cawan selepas ditapis ya.
3/4 cawan gula pasir
3 biji telur gred A
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar (membukit) tepung kastard – beli online disini
1 cawan tepung gandum & tambah lagi 1 sudu besar tepung gandum
Sedikit pewarna hijau epal
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebati guna whisk.
2.Masak sekejap atas api perlahan sambil kacau guna whisk hingga naik wap (sekadar periuk tu dah rasa panas je. Jangan lama)
3. Tuang 1 atau 2 senduk adunan hijau atas pulut. Kukus selama 7-10 minit guna api sederhana perlahan.(JIKA NAK TUANG SEMUA ADUNAN HIJAU TERUS KE ATAS PULUT PUN BOLEH. LAGI MUDAH)
4. Buka tudung kukusan. Cucuk-cucuk guna garfu di semua permukaan hijau dan tuang baki adunan hijau. Teruskan mengukus selama 25-30 minit.
5. Setiap 7-10 minit, buka tudung kukusan. Lap bawah tudung, tutup dan teruskan mengukus. Ulang hingga siap.
6. Apabila dah cukup masa, buka tudung kukusan, biarkan terdedah dan teruskan mengukus guna api besar selama 5 minit.
7. Kuih Talam Seri Muka sedia untuk dinikmati.
NOTA: Pastikan Seri Muka sudah betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik atau pisau biasa yang dibalut plastik.
Sesekali dapat kuih rare memang terbaik rasa. Orang Kedah panggil cakaq bihun.Tempat hangpa panggil apa? Memandangkan ramai yang tak pernah rasa, tak pernah buat dan tak kurang juga yang tak pernah tengok. Lepas mendapat keizinan dari mak, sy share kan resepi nya kat sini.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Kuih Cakar Bihun
Bahan-bahan:
1 cwn gula
Food colouring (ikut suka nak warna apa)
Sebungkus bihun (Bihun ni jgn hangpa p basuh ka rendam ayaq dulu ka apa. Satgi xjadiii . Kalau xnak mengadap lama lama depan dapur, buat sikit dulu. Lenguh pinggang cek oiii nak buleh siap 1 bungkus tu pun )
Minyak (Utk menggoreng)
Cara memasak :
1.Bancuh gula dgn secawan air di atas api yg perlahan sehingga gula hancur. Sukatan gula terpulang kpd selera masing2, kalau suka manis lebihkan. Kalau tak, kurangkan.
2.Masukkan pewarna ke dlm air gula td.
3.Rendam bihun ke dalam air gula. Step ni utk pastikan bihun mesra dgn air gula & pewarna tadi. Gaul sebati.
4.Panaskan minyak, goreng bihun. Step ni, pastikan ambik sikit saja utk menggoreng. Sebab nanti bihun akan mengembang.
5.Angkat bihun, cepat2 masukkan ke dalam acuan semasa masih panas & tekan utk bentukkan cakar bihun. Pastikan buat waktu bihun masih panas sbb bila dah sejuk, bihun berterabur & xcantik. Mak sy guna cawan je utk dapatkan bentuk bulat tu.
6.Toskan atas kitchen roll.
7.Dah siappp.
Kuih Sagu merupakan antara kuih lama yang sedap dan paling mudah nak buat. Teksturnya yang lembut, manis dan dinikmati bersama kelapa parut menjadikan sajian ini digemari semua golongan. Bagi anda yang terasa nak makan Kuih Sagu untuk minum petang, resipi perkongsian saudari Sitihawa Ahmad ni boleh dicuba. Memang mudah!
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.