Ads

Cara Buat Pajeri Nenas Yang Sedap Dan Pekat Tanpa Santan

Selain gulai, acar satu lagi hidangan berasaskan buah nenas yang sedap adalah pajeri. Rasa masam, manis dan rempah yang bersatu buat masakan ini ramai peminatnya.

Cuma sekarang tak ramai yang mahir menyediakan lauk warisan ini. Jadi elok sangat jika kita mempelajarinya. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Norfadilah Ibrahim.Resepi pajeri nenas yang dikongsi tidak menggunakan santan namun tetap pekat dan sedap.

Cara Buat Pajeri Nenas Yang Sedap Dan Pekat Tanpa Santan

Cara buat pajeri nenas yang sedap, pekat tanpa santan

Bahan A (menumis )
Bawang besar -1/2 biji
Bawang putih -2 ulas
Bunga lawang -2
Kulit kayu manis – 1 batang

Bahan B (dikisar )
Bawang besar – 2 biji
Bawang putih – 3 ulas
Ikan bilis

Ads

Bahan C
Rempah kari daging 2 sudu makan

Bahan D
Kerisik 2 sudu mkn
Garam 1 sudu kecil
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Gula putih 2 sudu makan

Ads

Bahan E
Buah nenas – siap dipotong

Cara memasak

Ads

 

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan A. Tumis sehingga garing
  2. Dah garing masuk bahan B. Kacau & biar dalam 3 minit kemudian masukkan pula bahan C. Biar sehingga betul-betul pecah minyak.
  3. Rempah dah masak boleh masukkan air dalam 1/2 cawan.
  4. Kemudian masukkan bahan D & E. Biarkan seketika tunggu semua bahan sebati.
  5. Bila rasa dah ok boleh tutup api & dihidangkan.

INFO: Selain nenas, boleh juga gunakan terung.

Semoga bermanfaat

Sumber: Norfadilah Ibrahim.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Tanam Ulam Selom Dengan Cara Mudah & Berkesan. Jimat, Segar dan...

Ketahui cara tanam ulam selom dengan mudah dan berkesan di rumah. Panduan lengkap dari keratan batang hingga penuaian untuk hasil segar setiap hari.