Kalau dalam peti sejuk ada daging, boleh cuba resipi meatball homemade ni. Memang sangat mudah dan sedap macam yang puan-puan beli readymade tu. Nanti bolehlah guna untuk buat bakso atau meatball ala restoran terkenal. Malah buat sendiri ni lebih bersih & jimat. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi perkongsian saudari Hidayah Fareez ni.
BEBOLA DAGING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg daging cincang – boleh guna 1 kg daging pejal dan cincang halus
5 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
1 sudu teh lada sulah
1 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
5 sudu makan tepung ubi
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan diatas sehingga sebati dan menjadi doh.
2. Cubit adunan doh dan bulatkan mengikut saiz yang anda gemari. Lakukan hingga habis.
3. Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola tadi. Biar hingga masak.
Ads
4. Setelah bebola timbul dan terapung di permukaan air, ia menandakan bebola daging telah masak. Angkat dan toskan.
Ads
5. Bebola daging sedia untuk dimasak ikut citarasa anda. Boleh juga disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Sajian masakan Terengganu asli, bukan semua yang handal membuatnya. Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan. Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara, ia cukup terkenal dengan menu nasi dagang, pulut nyor/nyior, nasi kerabu, resipi asli keluarga pemiliknya yang berasal dari Terengganu
Buat pembaca RASA, Nor Haini Mamat sudi berkongsi 3 aneka resipi mudah dari negeri pantai timur ini.
1. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg udang
1/2 kg santan pekat
Segelas air
2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
1 sm halia/ditumbuk
1 sm lengkuas/ditumbuk
1 sm kunyit hidup/ditumbuk
4 sudu cili kisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Ambil periuk dan nyalakan api.
Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
Apabila mendidih masukkan udang.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.
Saiz hidangan : 4 orang
Cara memasak : Reneh
Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.
2. IKAN KEMBONG PERCIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN DIKISAR :
5 ekor ikan kembong sederhana
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
2.5 sm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang kecil
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh halba
3 batang serai /diketuk
2 sm lengkuas /dihiris nipis
1/2 kg santan pekat
2 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan panggang atau bakar hingga masak ke dua belah.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan mereneh sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
Bila ikan dah masak, curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan dan curahkan pula sebelah lagi kuah.
Bila masak bolehlah diangkat ikan dan semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
Ikan percik siap dihidangkan
INFO CHEF : Lebih sedap jika sambil bakar dijirus sedikit kuah di atas ikan. Langkah ini dilakukan jika dibakar atas bara.
Saiz hidangan: 8 orang
Cara memasak : Tumis dan panggang/bakar
Keistimewaan: Keenakan ikan panggang yang beraroma dan berperisa
3. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging
2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
4 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Sajian singgang daging atau disebut juga daging singgang , tanpa tumis ini sesuai bagi mereka yang tidak gemar masakan berminyak.
Saiz hidangan : 3 orang
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sajian tanpa santan dan tumis menjadikan ia pilihan menu lebih sihat
RESIPI : NOR HAINI MAMAT
TERIMA KASIH : KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, 47100 Puchong, Selangor
Terasa nak masak daging, ni dia resipi daging paling mudah iaitu Masak Daging Singgang. Bahan ramuan pun tak panjang berjela. Iya lah dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini kenalah berjimat barang runcit ye.
Resipinya mudah dan cepat siap. Yang penting sedap sungguh ni. Jom cuba…
DAGING SINGGANG
BAHAN-BAHAN
400gram daging lembu segar (potong kecil)
2 inci lengkuas (potong menyerong)
1 biji bawang merah (mayang je)
8 biji bawang putih (ketuk je)
2 keping asam keping
10gram ketumbar (ditumbuk)
400ml air putih (agak-agak je)
Garam dan gula
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Tumbuk dulu biji ketumbar separuh hancur. Ketuk bawang putih. Mayang bawang merah dan hiris lengkuas.
3. Satukan semua sekali. Letak air dan panaskan dengn api yang slow. Nak bagi daging masak dan lembut.
4. Dah mendidih, masukkan gula dan garam. Biarkan ia mendidih sehingga betul-betul empuk.
5. Boleh masukkan cili kering nak nampak best. Hehe. Dah siap. Selamat mencuba.
Sup urat keting ini pekat kuahnya, Nak tahu apa rahsianya? Kentang penyek adalah rahsia untuk memekatkan kuah sup ini.
Ha..pernah cuba tak? Terlebih dahulu, rebus kentang itu dan lenyekkan sebelum dimasukkan ke dalam sup. Mudah je rupanya. Ikuti perkongsian resipi oleh puan Jue Jariah ini
**Bahan (#) yang dihiris dibahagi dua. Sebahagian goreng dengan 3 sudu besar minyak hingga garing. Ketepikan.
Cara memasak:
Masukkan urat keting dalam periuk, bubuh air secukupnya. Rebus urat keting hingga empuk. Masukkan tiga keping hirisan halia (untuk hilangkan baru hanyir) dan lembutkan urat keting).
Bila urat keting dah empuk, masukkan bahan-bahan yang dihiris. Masukkan juga kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih ke dalam rebusan urat keting tadi.
Masukkan kentang rebus yang telah dilenyek dulu. Ini adalah rahsia nak bagi pekat kuahnya. Masukkan pula separuh daripada daun sup sekali dengan batang serta akarnya.
Biarkan mendidih. Masukkan rempah sup dan rempah kurma. Biar dalam 15 minit. Tambah serbuk lada hitam. Biarkan mendidih kira-kira 1/2 jam.
Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk sup. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan bahan perasa. Tutup api. Taburkan daun sup yang dicincang dan bawang goreng masa menghidang nanti.
Resipi sambal jahat? Kenapa dipanggil begitu, sebab sekali makan memang tak cukup, tambah kali kedua pun tak cukup, tambah kali ketiga pun tetap rasa...