Cara Buat Lepat Jagung Sedap & Lembut Bergedik Tanpa Kukus.

Share

Sedapnya Lepat Jagung ni. Kalau buat untuk minum petang, memang sesuai sangat. Istimewanya resipi ni anda tidak perlu kukus. Hanya kacau bahan-bahan hingga masak, bungkus dan simpan dalam peti sejuk je. Malah Opah Mas Cotek juga ajar cara-cara nak bungkus Lepat Jagung ni dengan kemas dan cantik. Jom cuba. Bolehlah sedekah dekat jiran tetangga.

 

CARA BUAT LEPAT JAGUNG TANPA PERLU KUKUS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung Hoen Kwe
  • 3/4 cawan gula
  • 5 ½ cawan santan
  • 1 cawan jagung (Opah Mas Cotek guna jagung dalam tin)
  • 3 sudu makan perasa jagung (kordial jagung)
  • 1 sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya untuk membungkus – layur terlebih dahulu

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan-bahan dalam periuk. Kacau sebati.

2. Masak guna api perlahan hingga pekat dan meletup-letup.

3. Kacau lagi adunan hingga kelihatan berkilat. Tutup api. Alihkan periuk dari dapur.

4. Ambil 2 sudu makan adunan lepat dan letak atas daun pisang. Bungkus ketika adunan masih panas.

5. Untuk membungkusnya, lipat sedikit tepi daun ( terik ke tepi sedikit adunan lepat tu).

6. Kemudian gulung seperti dalam gambar di bawah. Proses menggulung kena buat dengan cepat kerana adunan lembik & nak elak ia terkeluar dari daun.

7. Lipat bahagian hujung daun. Kemudian tolak ke bawah supaya padat.

8. Kemudian lipat lagi hujung bahagian atas seperti dalam gambar. Siap.

9. Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

10. Lepat Jagung sedap & lembut bergedik sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

ANDA JUGA BOLEH BUAT KUIH-KUIH NI:

 

IKLAN