Kuih Nekbat menjadi menu buruan ramai di negeri Pantai Timur terutama ketika bulan Ramadan. Untuk menikmatinya, ia perlu dimasak terlebih dahulu bersama air gula. Enak jika dinikmati sejuk. Jomlah kita buat kuih Nekbat mengikut resipi yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli
Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak untuk hidangan seharian. Kadangkala dalam seminggu, tanpa disedari, anda berulang memasak juadah yang sama dan ini membuatkan anak-anak merungut. Bagi anda yang gemarkan hidangan berkuah, ini idea yang boleh dicuba hari ni.
1. SUP DAGING SIAM
BAHAN-BAHAN:
½ kg daging | bersihkan dan hiris
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
200 ml air
2 cm halia
2 biji kentang | potong enam
1 batang lobak merah | potong
1 biji tomato | potong enam
3 batang daun sup | hiris
3 batang daun bawang | hiris
1 sup bunjut
Rempah penumis empat serangkai
1 biji limau nipis | ambil jus
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Bawang goreng sebagai hiasan
CARA MEMASAK:
Daging dicuci bersih dan dihiris nipis. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak bersama rempah penumis empat serangkai (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang), masukkan air dan sup bunjut. Kacau sebati.
Masukkan pula hirisan daging. Setelah empuk masukkan lobak merah dan ubi kentang sehingga masak sepenuhnya.
Langkah akhir, setelah mendidih masukkan garam secukup rasa, hirisan daun bawang dan daun sup serta tomato. Perahkan limau nipis. Kacau sekata.
Sedia dihidang.
INFO CHEF: Sup daging Siam rasanya lebih masam dan pedas, ia tidak menggunakan rempah ratus.
2. PETOLA TUMIS AIR UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 batang petola | buang kulit keras dan potong
5 ekor udang | bersihkan
2 biji bawang merah | hiris
2 biji bawang putih | hiris
1 batang daun sup | potong
1 keping fucuk | rendam
1 paket suhun
Garam dan bahan perasa secukup rasa
Air secukupnya
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya untuk hiasan |pilihan
CARA MEMASAK:
Masukkan air di dalam periuk, kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan tauhu kering.
Masak atas api sederhana hingga mendidih beberapa minit.
Kemudian masukkan petola, suhun, fucuk, udang, garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau sekata.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng jika suka.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain petola, isian sayur boleh dipelbagaikan ikut cita rasa anda dan keluarga.
Petang-petang macam gini sedap kalau dapat makan kuih kegemaran. Paling puas kalau dapat buat sendiri. Apa kata buat bahulu gulung. Sangat sedap dan bahan-bahan untuk membuatnya juga ringkas. Sesuai untuk minum petang.
Sekaya labu ini makan sejuk-sejuk memang nikmat. Kuih yang berasal dari Thai ini kaya dengan rasa lemak manis yang enak sekali.
Ditambah pula tekstur dengan hirisan labu yang jelas kelihatan memang jarang yang menolak pencuci mulut ini. Boleh cuba buat untuk hidangan petang.
Resipi Sekaya Labu Lemak Manis
Bahan-Bahan
8 biji telur (boleh campur telur ayam & itik)
200g gula kabung (kurangkan jika tak suka manis)
250ml santan (santan segar atau kotak)
½ sudu teh garam
Labu kuning – hiris nipis ikut citarasa
10 helai daun pandan – disiat untuk hilangkan bau hanyir
Cara Penyediaan
1. Dalam bekas besar, campurkan telur, garam, gula dan daun pandan. Ramas-ramas daun pandan bersama bahan lain untuk keluarkan aroma dan hilangkan bau hanyir telur.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan hingga gula larut sepenuhnya.
3. Tapiskan adunan untuk dapatkan tekstur licin dan bebas dari serat daun pandan atau ketulan telur.
4. Panaskan loyang kukusan terlebih dahulu.
5. Susun hirisan labu kuning dalam loyang yang telah dipanaskan. Kemudian tuang adunan telur dan santan tadi perlahan-lahan.
6. Kukus selama lebih kurang 30 minit atas api sederhana kecil. Elak guna api besar kerana ia boleh menyebabkan permukaan kuih pecah.
7. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang.
Tip RASA
Guna gula kabung asli untuk rasa lebih wangi dan warna kuih yang lebih cantik.
Untuk aroma lebih kuat, boleh tambahkan sedikit esen vanila atau serbuk kayu manis.
Kuih ini lebih sedap dinikmati sejuk — simpan dalam peti sejuk dan hidang selepas 2–3 jam.
Banana Peanut Butter Oatmeal ialah sarapan sihat, mengenyangkan dan cepat disediakan. Ketahui cara membuatnya dengan bahan ringkas serta manfaat nutrisi yang membantu tenaga dan kesihatan harian anda.