Suka makan sup? Ini dia cara-cara untuk menyediakan pes sup @ kiub rempah sup homemade. Dengan adanya kiub rempah sup ni, kerja memasak jadi mudah dan membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Cubalah resipi perkongsian saudari Mas Lieyana ni. Pasti puas hati.
RESIPI KIUB REMPAH SUP HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 labu bawang besar | dipotong kecil
3 ulas bawang putih | dipotong kecil
2 inci halia | dipotong kecil
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil kfc lada hitam
1 sudu kecil kfc bunga cengkih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
2. Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.
Ads
4. Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.
Sesekali mak-mak nak ubah selera keluarga boleh cuba resipi baked macaroni with meatball ini. Cukup sempurna rasanya makaroni dan bebola.
Jom cuba resipi baked macaroni with meatball ini oleh Ain Kamis yang mudah dan sangat digemari ramai. Nak buat senang je. 𝗥𝗲si𝗽𝗶 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗽 𝗶𝗻𝗶 sudah mendapat 𝟮,000 share di Facebook.
𝗕𝗔𝗞𝗘𝗗 𝗠𝗔𝗖𝗔𝗥𝗢𝗡𝗜 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗠𝗘𝗔𝗧𝗕𝗔𝗟𝗟
BAHAN CREAMY SAUCE:
1 cawan susu segar 2 sudu besar buttercup/marjerin – beli online di sini 1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini **dimasak atas api yang kecil hingga sedikit pekat. Ketepikan.
1. Rendam macaroni dengan sedikit garam dan minyak selama 30 minit sebelum direbus.
2. Bebola daging dibasuh, toskan dan goreng bersama minyak hingga garing. 3. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, tapi jangan bagi hangus.
4. Kemudian, masukkan daging hancur/kisar ke dalam tumisan bawang tadi. 5. Letak 1 sudu kecil lada hitam yang dikisar halus dan garam secukupnya. Kalau nak pedas, letak black pepper lebih pun boleh.
6. Masukkan lobak merah dan lada benggala hijau. Kacau rata dan masak hingga air daging tadi sedikit kering. 7. Masukkan sos prego, diikuti dengan bebola daging yang telah kita gorengkan tadi. Masak lagi hingga kuah mendidih. 8. Apabila sudah mendidih, masukkan macaroni yang telah direbus dan kacau rata. Matikan api.
9. Panaskan ketuhar dalam 10 minit dengan suhu 170C. 10. Susun bebola daging ke dalam aluminium foil. Lepas tu, masukkan macaroni. Curah dengan creamy sos yang mula-mula kita buat tadi.
11. Akhir sekali, tabur mozzarella cheese sebanyak yang disukai. Kalau nak pedas, boleh tambah cili hiris di atas tu. Bakar selama 20 minit atau hingga cheese mencair.
*boleh ubah kreativiti dan selera tekak masing-masing.
Kredit resipi: Ain Kamis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Bihun atau Mi Celup ni memang antara menu popular di Thailand dan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
BIHUN CELUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Mee Calong ini antara hidangan yang paling popular di Terengganu dan juga Pahang. Ia juga dikenali dengan nama Laksa Tumis. Istimewa menu ini ialah bebola ikannya dibuat sendiri menggunakan ikan segar dan tidak menggunakan bebola ikan yang sedia ada di pasaran. Memang sedap lain macam. Anda nak cuba? Saudara Muliadi Ramli ada kongsikan resipi dan cara-cara memasak. Selamat mencuba!
RESEPI MEE CALONG TERENGGANU YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Selayang
2 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
½ bungkus bihun
1 sudu besar kicap pekat (untuk gelapkan kuah sikit)
2 sudu besar kicap Golden Mountain / Kicap Bukit (optional) – beli online disini
2 sudu besar sos cili – beli online di sini
Garam & gula secukupnya
1 kiub pati ayam
BAHAN TUMIS:
½ biji bawang holland (kuah rasa lebih manis jika guna bawang holland) – beli online di sini
3 biji bawang putih | mayang
½ inci halia | dimayang
2 sudu besar lada hitam | ditumbuk halus
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
5 biji cili padi (buat yang suka pedas)
*kisar halus, supaya kuah kita lebih pekat dan berperisa
BAHAN SAYUR:
Sawi
Lobak merah
Bunga kobis/ketiak jagung
Cendawan
Cili besar merah/hijau
*kuantiti ikut suka masing-masing
CARA MEMASAK:
1. Ikan Selayang dibuang kulit dan tulang diambil isinya sahaja. Kemudian isi ikan ditumbuk.
2. Bila agak lumat, masukkan sedikit garam, perasa dan tepung ubi serta dibentuk menjadi bulat-bulat.
3. Panaskan periuk dengan minyak masak.
4. Kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sampai bawang garing dan naik baunya.
5. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi sampai agak kering dan wangi baunya.
6. Kemudian masukkan 4 cawan air. Tunggu air mendidih. Masukkan kiub ayam, sos dan kicap.
7. Masukkan bebola ikan tadi. Bila bebola ikan timbul, menunjukkan ia sudah masak.
8. Boleh masukkan bihun dan masukkan sayur-sayur. Akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa.
9. Bagi mendidih sekejap, kemudian tutup api. Siap.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...