Sempena Deepavali yang bakal menjelma, kita kongsikan resipi Ketti Urundai atau kuih bebola keras.
Resipi yang dikongsi Moganavallay Nagarajan ini, boleh dikatakan snek atau kuih yang sedap dan dihidang ketika perayaan Deepavali. Jom kita buat!
KETTI URUNDAI/KUIH BEBOLA KERAS
BAHAN-BAHAN:
Ads
2kg kacang hijau – beli online di sini 1kg kacang tanah – beli online di sini 1 cawan dhal kacang kuda yang sudah digoreng (yang mentah pun boleh) 1 cawan beras – beli online di sini *Sangai kesemua bahan berasingan dan biar ia sejuk
1. Kisar kasar kacang hijau pertama kali dan buang kulit. Selepas tu kisar sekali lagi sehingga 90% halus. 2. Buang kulit kacang tanah dan kisar kasar. 3. Kemudian, kisat beras sehingga 90% halus. 4. Gaul sama semua bahan (tinggalkan sedikit tepung beras untuk guna kemudian) dalam satu bekas bersama kacang dhal kuda. Ketepikan dahulu. 5. Masak sira gula merah.
1. Masukkan sira gula merah yang masih panas dalam adunan. Gaul cepat-cepat dan buat bebola sederhana besar. 2. Jaga-jaga tau, kita cuma boleh buat bebola semasa sira gula merah masih panas. Selepas dah buat bebola, golek-golekkan bebolanya dalam tepung beras yang diasingkan tadi. 3. Kena pandai agak masa untuk buat bebola ni (untuk senangkan proses ini, biar ada pembantu) 4. Ulang proses ini hingga habis. Siap.
*Untuk 2kg kacang hijau, saya dapat lebih kurang 100 biji kuih keras/ketti urundai.
Nak makan Yee Mee Sizzling tak perlu makan di luar, kalau boleh buat sendiri di rumah. Takda ‘hot plate’ pun bukan masalah, boleh je buat guna kuali biasa, rasas sama je, yang penting rajin dengan tidak je. Tak percaya anda boleh cuba buatnya sendiri ikut resipi yang disediakan ini. Mudah, sedap, jimat dan paling penting korang lebih selamat makan di rumah.
RESEPI YEE MEE SIZZLING (UNTUK 3 ORANG) BAHAN-BAHAN: 3 gulung yee mee 5 ulas bawang putih | dicincang halus 1/2 inci halia | dicincang halus Ayam | dipotong kecil 6 kuntum cendawan shitake kering | direndam hingga lembut dan dipotong 4 4 biji cili kering | dipotong-potong 4 sudu makan sos tiram 3 sudu makan kicap cair 3 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan serbuk lada hitam 1 sudu teh minyak bijan 2 sudu makan tepung jagung + secawan air Minyak untuk menumis 4 cawan air Sedikit sawi | celur 3 biji telur
CARA MEMBUAT:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam.
Kek kelapa merupakan antara kek legend yang menjadi kegemaran ramai. Baunya bila dibakar tersangatlah menggoda. Aroma dan warna-warni parutan kelapa menambahkan lagi keenakan kek tersebut. Boleh cuba buat di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Juju Minhad ini.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...