Peria memang punya rasa agak pahit namun tinggi nilai khasiatnya. Selain dimasak, sayur ini juga boleh dijadikan ulam atau jus. Namun rasanya agak kurang sedap. Oleh itu, bagi menikmati sayurini dalam versi yang lebih enak, anda boleh hasilkan Kerepek Peria. Menerusi resipi perkongsian saudari Hasnita Namat, beliau menunjukkan cara mudah untuk menghasilkan Kerepek Peria yang sedap, rangup serta tahan lama. Jom cuba.
RESIPI KEREPEK PERIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Peria katak secukupnya – ikut sebanyak mana nak buat
Minyak masak secukupnya
BAHAN SALUT:
Tepung gorengan serbaguna perisa pedas
Tepung Gorengan serbaguna perisa original
Tepung beras ( Jumlah ketiga-tiga tepung ni agak-agak sahaja. Campur supaya hasil kerepek nanti tidak terlalu masin dan tidak terlalu pedas)
CARA MEMASAK:
Ads
1. Basuh bersih peria dan toskan airnya. Biar kering.
2. Ambil penyagat ( sebaiknya penyagat untuk kerepek pisang) dan sagat sedikit buah peria tadi sehingga nampak rongga dalamnya. 3. Dengan menggunakan belakang sudu, korek untuk membuang bijinya.
Ads
4. Teruskan sagat peria nipis-nipis hingga habis.
5. Masukkan peria ke dalam bekas ( kuantiti untuk sekali goreng), isi tepung dan tutup bekas tadi. Goncang hingga tepung bersalut rata pada peria.
Ads
6. Panaskan minyak dengan banyak ( seperti nak goreng pisang), dan goreng hingga garing.
7. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama. Sedia untuk dinikmati.
Sedapnya Serunding Halia Bilis. Kalau dimakan segar, memang susah nak dikunyah. Tetapi jika dijadikan serunding sebegini, rasa tentulah lebih enak. Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan Serunding Halia ni, boleh cuba resipi perkongsian CikAyu Masfaliza Ab Jaaferni. Pasti anda sukakannya.
Halia tua (tip: cari halia yang tidak begitu tua dan yang berbentuk panjang supaya mudah untuk disagat.) Ikan bilis – beli online disini Garam bukit – beli online disini Perencah hilal Minyak masak – beli online disini
1. Bersihkan halia, kikis kulitnya dan sagat. Selepas sagat, letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.
2. Teksur halia selepas disagat. Hasilnya nanti pasti anda akan jatuh hati dengan Serunding Halia ini.
3. Selepas habis disagat, perah halia untuk mengeluarkan airnya. Ambil halia sahaja dan airnya boleh dibuang. (tip: Lepas proses perahan ni cepat-cepat sabun tangan. kalau lambat nanti pasti tangan anda akan rasa pijar.)
4. Panaskan minyak. Kena guna minyak yang banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk Serunding Halia ni.
5. Untuk lebihan halia yang kecil, boleh tumbuk, kisar atau gunakan chopper. Proses masih sama, perahkan air halia hingga kering.
6. Gunakan api yang besar untuk dapatkan tesktur serunding yang garing dan cantik.
7. Bila agak-agak warna sudah keperangan seperti dalam gambar, angkat dengan segera.
8. Hasil serunding yang telah siap digoreng. Tapis untuk membuang lebihan minyak.
9. Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. Empunya resipi gunakan chopper je. Mudah dan pantas.
10. Selepas dikisar, gaul sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal pada halia tadi. Sebelum itu, toskan halia yang digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak.
11. Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dan sedia dimakan dimakan begitu sahaja.
12. Kalau di rumah ada bawang putih / garlic crispy, boleh gaulkan bersama serunding tadi. Lagi enak rasanya.
Sedapnya masak lemak cili padi. Tak kisahlah bahannya sayur, ikan, daging atau makan laut, memang sedap.
Bagi anda yang memang gemar masakan jenis ini, tentu tidak jemu jika masak dan makan menu masak lemak cili padi. Lagi-lagi rasanya kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya.
RASA kongsikan 4 resipi masak lemak cili padi yang memang mudah dimasak tetapi sangat sedap rasanya!
1. Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis. 2. Renehkan atas api sederhana. 3. Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak. 4. Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK NENAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
½ biji nenas | potong tiga segi 4 ekor ikan masin sepat | goreng 500ml santan pekat 1 batang serai | titik Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi 3cm kunyit hidup 2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk dan celur nenas seketika. Angkat dan tos. 2. Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai. 3. Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nenas dan ikan masin.
4. Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan. 5. Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api. Gulai nenas sedia dihidangkan.
PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun & hiris kasar Sedikit daun kaduk | hiris kasar 3 helai daun kunyit | hiris halus 3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali 4 batang serai | hiris halus 5 sudu makan tempoyak 500ml santan 1 keping asam gelugur Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi 3cm kunyit hidup 50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
1. Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos. 2. Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar. 3. Kacau rata, masukkan pula asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai. 4. Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging salai | hiris nipis 1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus 1kg santan pekat 1 keping asam gelugor 2 batang serai | titik Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi 3cm kunyit hidup 2cm lengkuas 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk. 2. Renehkan di atas api sederhana. Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi. 3. Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah daging empuk dan cukup rasa. Tutup api.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tomato puree atau dalam bahasa Melayunya Puri Tomato adalah salah satu bahan masakan yang banyak gunanya dalam masakan. Jika tiba-tiba nak masak tapi stok habis, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri secara homemade. Amat mudah! Malah, tomato puree homemade perkongsian AJ Idris ini juga tahan lebih kurang seminggu. Jadi, jom lihat cara-cara pembuatannya.
CARA-CARA BUAT TOMATO PUREE SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Basuh tomato dan belah dua. Asingkan isi tomato ke dalam bekas berlainan.
2. Buang isi tomato guna sudu macam dalam gambar di bawah.
3. Rebus tomato sampai mendiidh. Kemudian padamkan api. Jangan rebus lama. Tapis dan sejukkan buah tomato tadi.
4. Bila tomato dah sejuk, kupas kulit luar hingga habis.
5. Kisar tomato tadi hingga hancur tanpa letak air.
6. Masak seketika kisaran tomato tadi. Ia bertujuan untuk memekatkan puri.
7. Sejukkan puri tomato tadi dan simpan dalam bekas bersesuaian. Masukkan minyak zaitun di permukaan puri supaya tahan lama.
8. Jika suka, lebihan isi tomato boleh dinikmati dengan kicap.
Sambal Goreng Tempoyak yang pedas, masam lemak dan penuh aroma tradisional. Resipi mudah dengan ikan bilis dan petai yang buat selera naik dan nasi pasti bertambah.