Cara Buat Kek Homemade Sedap & Gebu Guna Tapai Ubi.

Share

Tapai Ubi Kayu biasanya dimakan begitu sahaja, dinikmati bersama kuah santan atau dimakan bersama cendol. Rasanya yang manis dan sedikit masam memang membuka selera. Di sesetengah tempah, tapai juga ada dimasak seakan pisang goreng. Menerusi perkongsian saudari Izza Howzin, beliau menunjukkan cara-cara membuat kek

menggunakan tapai ubi ni. Unik kan? Menurut beliau kek ini memang sedap dan gebu. Puan-puan bolehlah cuba.

 

RESIPI KEK TAPAI UBI

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung naik sendiri
  • 5 biji telur
  • 3 biji kuning telur
  • 250gm gula kastor
  • 1 sudu makan ovalette
  • 350gm tapai ubi
  • 100ml santan
  • 150gm mentega cair
  • Keju parut secukupnya – boleh guna keju cheddar

CARA MEMASAK:

1. Ambil tapai ubi dan buang uratnya. Kemudian kisar bersama santan. Ketepikan.

2. Pukul gula, telur dan ovallette hingga kental.

3. Masukkan tepung naik sendiri dan adun hingga sebati.

4. Masukkan kisaran tapai dan santan tadi. Sebatikan.

5. Seterusnya masukkan mentega cair. Pukul seketika.

6. Ambil loyang bersaiz 9 atau 10 inci kemudian oles sedikit mentega. Tuang adunan ke tadi.

7. Tabur parutan keju dengan secukupnya. Boleh juga digantikan dengan parutan coklat.

8. Bakar kek pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga kek masak.

9. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Izza Howzin

IKLAN