Jeruk kulit cempedak atau mandai mungkin asing bagi sesetengah kita. Tapi bagi yang berketurunan Banjar ia antara lauk yang popular. Paling disukai bila digoreng rangup atau ditumis.
Rasa masam masin dengan tekstur kenyal kulit cempedak yang dijeruk, mandai ini dibuat ketika musim cempedak untuk mengelakkan pembaziran. Selain itu mandai ini juga lambang kreativiti orang-orang tua kita dulu. Bagi yang tak pernah rasa boleh cuba buat sendiri mandai ini.
Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai
Gambar Facebook Erin Qasya
Bahan-bahan
Kulit cempedak (jerami) secukupnya
Garam
Langkah Penyediaan
1. Kupas kulit luar cempedak, ambil bahagian jerami (kulit dalam).
2. Basuh bersih dan perah hingga kering.
3. Gaul dengan garam secukupnya.
4. Masukkan ke dalam balang, padatkan dan tutup rapat. Jangan tambah air.
5. Peram di suhu bilik 24 jam. Kemudian simpan dalam peti beku. Mandai boleh dimasak selepas seminggu.
Ads
Cara Masak Mandai Goreng Tumis
Bahan-bahan
Mandai secukupnya (diperah)
Ikan bilis – goreng garing
Cili padi
Bawang besar
Bawang putih
Gula, garam & serbuk perasa
Sedikit air
Ads
Langkah Penyediaan:
1.Perah mandai dari air peraman.
2.Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi yang dipotong hingga wangi.
3.Masukkan mandai dan ikan bilis. Gaul sebati.
Ads
4.Tambahkan air sedikit, perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa.
5. Masak hingga kering dan naik bau.
Jenis Masakan Mandai Yang Popular
Mandai goreng rangup – goreng terus selepas diperap.
Mandai tumis pedas – ditumis bersama cili, bawang dan ikan bilis.
Mandai sambal – ditumbuk dan digaul sambal.
Mandai masak lemak – untuk variasi berkuah dan lemak.
Pernah cuba hidangan Jantung Pisang Goreng Cili Pedas? Resipi perkongsian dari saudari Syazlin Mansor ni memang nampak unik dan sedap. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak sukar malah sentiasa ada di dapur. Apa kata kita cuba masak menu ni hari ni. Pasti berselera dimakan bersama nasi. Jom lihat cara-cara penyediaanya.
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan jantung pisang dan rebus hingga empuk. 2. Hiris kecil jantung pisang tadi dan perah airnya hingga kering. Ketepikan. 3. Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan juga belacan. Jumlahnya terpulang pada selera masing-masing. 4. Panaskan minyak dengan secukupnya kemudian tumis bahan kisar tadi hingga garing. 5. Kemudian masukkan jantung pisang yang telah direbus dan diperah airnya tadi. Gaul rata.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.
INFO RASA: Jumlah bahan dan perasa boleh diubahsuai ikut cita rasa masing-masing.
Bunga durian, sayur alami yang hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun. Dalam dunia masakan ia bukanlah sesuatu yang baharu. Di Sarawak bunga durian adalah sayur yang cukup disukai. Menurut rakan admin yang berasal dari Sarawak, rasanya garing dan manis. Tetapi awas, jangan silap cara penyediaannya. Bunga durian mempunyai getah atau lendir pada setiap putik debunga atau biji bunga durian.
Sebelum dimasak, ia perlu dibersihkan dengan membuang setiap biji-biji bunga yang ada di hujung bunga durian kerana rasanya agak pahit. Eloknya dicelur atau direbus dalam air panas beberapa minit, kemudian ditoskan dan disimpan di tempat yang kering.
Bunga durian yang ‘fresh’ dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan. Kalau dah berwarna perang bila dimakan tidak garing sebaliknya akan menjadi lembik dan berair pula bila dimasak. Dah siap proses ini, anda boleh goreng dengan bawang dan ikan bilis atau boleh juga dimasak sebagai kuah lemak dengan mengikut cara masak lemak sayur yang lain. Jom kita cuba masak bunga durian, mana tahu sesuai dengan selera anda.
Lauk kari di negeri belah Utara, dikenali juga sebagai gulai. Tak kisahlah kari ikan , ayam daging, kari memang berpisah tiada. Esok dah mula cuti sekolah mesti ada banyak kenduri kendara atau majlis perkahwinan yang berlangsung, ya tak.
Menu ‘hangat’ seperti gulai kawah daging dengan batang pisang pastinya menjadi sajian hebat di majlis penuh makna ini. Che Nuri Azmi dari Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatannya dalam resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara .
1.KARI IKAN UTARA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan halba campur bersama daun kari hingga wangi. 2. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dengan air. Tumis hingga pecah minyak. 3. Masukkan aira asam jawa, diikuti santan, kemudian biarkan hingga kuah mereneh. 4. Masukkan ikan, setelah ikan masak, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Sebelum angkat, masukkan kacang bendi dan tomato. 6. Tutup api, kari sedia dihidankan.
INFO CHEF: Selain kacang bendi boleh juga masukkan terung bulat dan hirisan cili hijau. Saiz hidangan: 45 orang. Masa memasak:45minit. Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Sayur. Keistimewaan: Kari yang enak dan tidak begitu pedas.
2. KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
REMPAH PENUMIS:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan rempah penumis bersama daun kari hingga wangi. 2, Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili. 3. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam, kemudian diikuti ayam. Kacau lagi, kemudian biarkan seketika hingga isi ayam kecut. 4. Tambahkan santan, Setelah mereneh masukkan kentang. 5. Biarkan mereneh atas api sederhana sehingga kentang dan ayam empuk. 6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Tutup api dan kari ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika kuah kari agak pekat boleh tambahkan sedikit air panas sebelum diperasakan dengan garam dan gula. Saiz hidangan: 40 orang. Masa memasak:45 minit . Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.
3. GULAI TULANG IKAN MASIN TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TUMIS DARAT:
CARA MEMASAK: 1. Bancuh rempah kari dengan air kemudian masukan tulang ikan masin dan renehkan. 2. Setelah mendidih masukkan kentang, lobak merah dan terung, biarkan hingga kentang empuk. 3. Seterusnya masukkan kacang panjang, hirisan nanas dan santan. 4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula jika perlu (ini kerana ikan masin sudah masin). 5. Setelah cukup rasa. Tutup api. 6. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan halba campur dengan api kecil kemudin masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia. 7. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan daun kari dan tutup api. 8. Akhir sehali tuang bahan tumisan ini dalam periuk kari tulang ikan masin tadi. Kemudian segera tutup periuk bagi mengekalkan keharuman bahan tumisan,
INFO CHEF: Antara tulang ikan masin yang sesuai digunakan adalah tulang ikan merah, tulang ikan talang dan boleh juga guna ikan duri. Terserah pada cita rasa.
Saiz hidangan: 50 orang. Masa memasak:40 minit . Cara memasak : Reneh dan tumis. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.lembut.
4. GULAI KAWAH DAGING DENGAN BATANG PISANG
BAHAN-BAHAN:
REMPAH PENUMIS:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis bersama dengan bahan kisar serta daun kari. 2. Kacau rata hingga wangi baru masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit sehingga menjadi pes. 3. Terus kacau hingga rempah masak dan timbul minyak. 4. Masukkan daging yang telah dicuci bersih, gaul rata dan biarkan sehingga daging kecut. 5. Masukkan air dan biarkan mereneh hingga daging empuk. 6. Apabila daging empuk, masukkan umbut pisang, santan dan air asam jawa. 7. Biarkan mereneh hingga umbut pisang empuk. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Selepas beberapa minit, tutup api. Gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain umbut pisang boleh juga guna umbut kelapa. Daging juga boleh tukar dengan ayam. Terpulang pada cita rasa. …………. Saiz hidangan: 50 orang. Masa memasak:1 jam. Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.
Terima kasih :RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!