Cara Buat Halwa Guna Belimbing Buluh. Sedap Rupanya, Macam Kismis!

Share

Pernah cuba buat Halwa menggunakan Belimbing Buluh? Jika tidak pernah, anda harus cuba. Biasanya belimbing buluh digunakan dengan banyak dalam penghasilan lauk seperti Sambal Hitam. Sesekali ada juga yang menggunakan buah ini sebagai pengganti asam gelugur dalam masakan. Siapa sangka Belimbing Buluh ini enak dijadikan manisan. Wow…Cubalah. Baru buah yang banyak tu tidak membazir. Saudari Nurhaya Napiah

ada kongsikan resipnya. Selamat mencuba.

 

RESIPI HALWA BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN:
Belimbing buluh – banyak
1 1/2 kg gulabeli online disini

CARA MEMASAK:
1. Rebus belimbing buluh hingga mendidih sampai air masam buah keluar dari buah. Kemudian buang air buah tadi dari periuk.


2. Tuang gula ke dalam periuk kemudian tutup periuk. Tidak perlu tambah air kerana gula akan cair. Tidak perlu kacau, hanya biarkan sahaja.


3. Perap buah selama 2 malam. Bila cukup masanya, tapis dan biarkan sejat dalam 10 minit.


4. Susun buah belimbing di dalam talam dan jemur di bawah matahari hingga kering. Biasanya 1 hari sudah kering.

5. Angkat dan Halwa Belimbing Buluh sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurhaya Napiah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN