Sedapnya donut kampung. Donut versi basic dan disalut gula. Tapi teksturnya lembut dan gebu. Sekali makan, memang rasa tak puas. Bagi puan-puan yang rasa nak makan donut macam yang biasa nikmati masa zaman kecil dulu, resipi yang dikongsi oleh saudari Ina Bakeri ni antara yang terbaik boleh dicuba. Malah doh ni juga boleh digunakan untuk buat pau goreng atau pau Malaysia. Memang terbaik! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT DONUT KAMPUNG LEMBUT, GEBU & TANPA TELUR
BAHAN A:
2 1/2 cawan air suam
2 paket yis mauripan
5 sudu makan gula
5 sudu makan susu pekat
BAHAN B:
1 kg tepung gandum ( Puan Ina guna tepung cap sauh)
5 sudu makan marjerin (Puan Ina guna cap pelangi)
4 sudu teh baking powder
2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan bahan A dalam satu bekas. Kacau untuk sebatikan dan biar kembang seperti dalam gambar.
2. Sementara menunggu larutan yis kembang, satukan bahan-bahan B dan gaul sebati.
Ads
3. Masukkan larutan yis yang telah kembang tadi ke dalam tepung. Uli dalam 5-10 minit hingga kulit doh licin dan cantik. Tak nak uli pun tak mengapa. Tapi jika nak donut lebih gebu, ulilah sekejap. Tutup doh dan biarkan 30 minit.
4. Bila doh mengembang 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
Ads
5. Tabur sedikit tepung pada bahagian atas dan bawah doh. Canai dan terap guna acuan donut. Jika tiada acuan dan nak cepat, boleh bulatkan guna tangan sahaja.
6. Bila dah siap, panaskan kuali dan goreng donut tadi dalam minyak yang banyak menggunakan api perlahan.
7. Jika buat donut untuk frozen, goreng sekejap sahaja untuk matikan yis. Bila kuih nampak sedikit kuning, angkat dan sejukkan atas dulang.
Ads
8. Donut siap untuk disejukbekukan. Pastikan betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam plastik.
9. Beginilah rupa donut dari dalam. Ada rongga-rongga halus. Memang gebu. Selamat mencuba!
Tauhu Sumbat memang best makan untuk berbuka puasa. Makan dengan kuah kacang, memang sedap. Buat sendiri tentunya lebih puas hati kerana lebih gebu dan banyak isinya. Nak lebih berkhasiat, letakkan juga kepingan Keju Cheddar Chesdale bersama sayuran di dalamnya.
Keju Cheddar Chesdale diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi dengan kalsium dan protein. Memang berkhasiat, pastinya anak-anak lebih sihat dan kuat. Cubalah nanti. Gerenti menjadi!
TAUHU SUMBAT BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 biji tauhu
1 batang lobak merah – potong memanjang (julienne)
1 biji timun – buang empulur & potong memanjang
½ cawan hirisan kobis ungu
6-8 keping Keju CheddarChesdale – hiris memanjang
Sos cili Thai/mayonnaise secukupnya
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam pada tauhu lalu goreng hingga keperang-perangan. Potong tauhu kepada segitiga dan belah bahagian tengahnya dan keluarkan sedikit isi.
Masukkan hirisan lobak merah, timun, hirisan bunga kobis dan hirisan Keju CheddarChesdale ke dalam tauhu dan kemaskan.
Hidangkan tauhu sumbat dengn sos chili Thai atau mayonnaise.
Bagi penggemar donat, resipi perkongsian saudari Safiyya Zaidziqry ni antara yang anda perlu cuba. Bukan donat biasa tau. Ni donut keju. Bila digoreng, meleleh keju cair. Memang menggoda habis! Teksturnya yang garing diluar dan gebu didalam menjadikan hidangan ni sangat enak dan tak puas dimakan. Jom cuba. Nak buat pun mudah je.
RESIPI DONAT KEJU – sukatan doh untuk 12 biji.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan marjerin
1/2 sudu makan gula
1 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk vanilla/vanilla powder – boleh abaikan jika tiada. Fungsinya untuk bagi bau wangi.
1 sudu makan yis ( mauripan)
Air suam secukupnya
Keju cheddar – potong 4.
CARA MEMASAK:
1. Gaul bahan kering ( tepung gandum, gula, susu tepung, baking powder, serbuk vanilla dan yis). Gaul hingga sekata.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis dan marjerin. Gaul dan ramas hingga jadi seakan serbuk roti.
3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli sampai doh tidak melekat di tangan. Jangan letak air terlalu banyak sekaligus bagi mengelakkan doh jadi terlalu lembik.
4. Perap doh selama 1/2 jam supa kembang. Kemudian tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
5. Cubit doh sebesar ketulan cekodok, leperkan dan letak kepingan keju di tengahnya. Pastikan keju dibelah 4. Jika masukkan 1/2 keping keju, nanti donat akan bocor masa digoreng.
6. Tangkupkan doh menjadi bulat. Buat hingga habis adunan. Perap doh seketika sebelum dimasak.
7. Panaskan minyak dan goreng donat hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh juga salut donat dalam gula halus.
Korang penggemar murtabak kalau makan Murtabak Daging Kambing ni, gerenti tak cukup sekeping. Memang sedap ye. Tapi kalau nak beli susah nak dapat kalau bukan bulan puasa, tapi apa kata korang buat je sendiri, kerana resipinya RASA kongsikan kat sini. Tapi kenalah rajin mencuba ye. Tak cuba tak jadi.
Masukkan air bergaram tadi sedikit demi sedikit sambil uli hingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan, lembut dan licin.
Bulat-bulatkan doh dan sapukan sedikit marjerin supaya doh tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 2-3 jam.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan rempah kari, kacau rata dan tambah sedikit air. Kacau hingga pecah minyak dan garing. Kemasukkan daging kambing kisar, kacau rata hingga warna daging berubah dan sekata dengan bahan tumisan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, terus kacau hingga inti garing.Tutup api dan biarkan sejuk.
Ambil beberapa sudu makan inti masukkan dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur di dalamnya. Kemudian masukkan hirisan bawang, daun ketumbar dan daun bawang. Kacau sebati dan ketepikan seketika.
Sapukan tangan dengan sedikit minyak, dan tebarkan doh roti canai dan arik nipis-nipis .
Masukkan inti, lipat dengan kemas hingga inti disaluti sepenuhnya.
Panaskan minyak dan goreng murtabak dengan api perlahan hingga masak.
Angkat dan bolehlah dinikmati dengan kuah Dhal serta hrisan cuka bawang.
Dari dunia undang-undang ke dunia ayam goreng, inilah kisah berani Dato’ Hifdzi Hamzah, bekas peguam korporat ternama yang kini menjadi pengasas kepada jenama makanan...