Cucur manis jagung, menu yang ringkas dan sesuai untuk minum petang. Rahsia nak buat cucur manis jagung yang lembut adalah dengan menggunakan air panas. Anda tentu berpuas hati dengan hasilnya. Anak-anak pun mesti suka. Jom kita buat cucur manis jagung menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Julia ALeen Aireish.
Jika anda peminat drama & ‘oppa’ Korea, pastinya teringin nak cuba aneka sajian enak dari negara Kimchi ni kan? Tak sukar pun jika anda nak cuba masak sendiri di rumah. Jom cuba!
1. KEK BERAS PEDAS (TTEOLBOKKI)
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Bahan-bahan seperti kek beras Korea, Kelp,Gochujang boleh didapati di kedai-kedai barangan Korea atau pasaraya besar di ibu kota.
Idea bagus, buat roti jalan coklat, inti pisang dan padankan dengan sos coklat, memang mantap sedapnya. Kepada pengemar coklat rugi kalau tak cuba resipi ni. Cara buat lebih kurang, Cuma tambah inti pisang dan coklat untuk sos dan perasanya. Untuk resipi penuh ada dikongsikan di bawah, bolehlah mencubanya.
ROTI JALA PISANG SOS COKLAT BAHAN-BAHAN: 150gm tepung gandum 20gm gula halus 15gm serbuk coklat/koko 1/8 sudu teh serbuk kulit kayu manis | jika suka 1/4 sudu teh garam halus 1 biji telur 250ml santan /susu cair 1 sudu teh pes coklat 1sudu makan mentega INTI: Pisang Emas | goreng dengan mentega hingga garing BAHAN SOS COKLAT: 1/2 cawan serbuk koko 2 sudu makan susu pekat manis 1 cawan susu cair 1 sudu makan gula pasir 1 sudu mentega Secubit garam
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tercari-cari resipi lauk yang sedap dan cepat dimasak? Bistik Telur perkongsian saudara Wan LuQmanni antara menu terbaik yang boleh anda cuba hari ini. Resipinya sangat ringkas tetapi rasanya memang membuka selera. Makan dengan nasi panas dan sambal belacan, waduh…enaknya. Jom masak-masak. Selamat mencuba!
CARA MASAK TELUR BISTIK SEDAP MACAM DEKAT RESTORAN
BAHAN TELUR: Daging atau isi ayam 1 ulas bawang putih – tumbuk Sos lada hitam secukupnya – beli online disini Sos tiram – jika perlu – beli online disini 2 biji telur gred A @ B 2-3 sudu air sejuk Secubit garam
BAHAN SOS: 5 sudu makan sos cili – beli online disini 3 sudu makan sos tomato – beli online disini 1 sudu teh kicap sotong / sos ikan – beli online disini 1 sudu makan sos labu – beli online disini 1 biji bawang putih – tumbuk 1 helai daun limau purut Hirisan cili dan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali bersesuaian.
2. Tumis bawang putih. Bila sudah garing sikit, masukkan hirisan daging.
3. Perasakan daging ikut cita rasa anda. Boleh letak sos lada hitam sahaja. Kalau letak sos tiram pun ok jangan banyak sangat tau nanti masin.
4. Bila daging sudah masak, angkat dan ketepikan supaya sejuk dulu.
5. Bila daging sudah sejuk, masukkan dalam telur yang telah dipukul. Masa nak pukul telur tu masukkan 2-3 sudu air sejuk dan secubit garam.
6. Panaskan minyak, bila dah panas tuangkan telur tadi. Tuang tinggi sikit untuk dapatkan telur yang kembang.
7. Bila telur sudah separa masak, balutkan macam dalam gambar. Goreng sampai telur garing dan rangup di sekeliling.
8. Untuk sos, tumiskan bawang putih.
9. Masukkan kesemua sos yang diperlukan.
10. Masukkan sedikit air ikut keinginan kita nak kuah banyak mana. Kemudia masukkan sos labu. Sos labu ini bertindak sebagai pewarna. Dia akan menghasilkan warna merah yang sangat cantik.
11. Masukkan kicap sotong.
12. Masukkan juga bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Jangan terlalu pekat ya.
13. Letak hirisan daun limau purut untuk wangikan kuah. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto kalau nak, emngikutr cita rasa masing-masing. Kuah mesti ada rasa manis dan masam.
14. Taung kuah di atas telur yang digoreng tadi.
15. Hiaskan dengan hirisan cili, daun bawang dan taburkan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.
Kenapa manusia cenderung makan menu sama berulang kali? Ketahui jawapan saintifik, psikologi dan biologi yang menerangkan bagaimana otak, emosi dan rutin mempengaruhi pilihan makanan kita.