
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Umar Moha berkongsi resipi daripada facebook Chef Ninja. Resipi cucur kentang ini nampak sangat menarik. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Semua peringkat umur pasti suka cucur kentang ini.
CUCUR KENTANG

BAHAN-BAHAN
2 biji kentang (direbus)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
10 sudu besar tepung jagung (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Lenyekkan kentang yang telah direbus.
2. Masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul sebati.
4. Apabila semua dah sebati bulat-bulatkan ikut cita rasa.
5. Siap untuk digoreng.
6. Panaskan minyak masak. Goreng sehingga kekuningan.
TIP: JANGAN LETAK AIR atau TELUR AYAM
Selamat mencuba!
Kredit: Umar Moha melalui facebook Chef Ninja
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=9xu3HKAmAWQ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Pulut Kuning & Rendang Ayam Mak, Sekali Masak Dapat 30 Bekas

Untuk memasak Pulut Kuning dan juga Rendang Ayam, ada kalanya kita tidak pasti sukatan yang tepat. Sukatan sebegini penting supaya masakan yang dihasilkan boleh diagak jumlahnya dan juga bagi mengelakkan kerja memasak perlu dilakukan berulang kali. Menerusi perkongsian saudari Puteri Hana Sofia, beliau berkongsi resipi Pulut Kuning dan Rendang Ayam dari ibunya yang bagi sukatan 30 bekas makanan. Nah… Barulah mudah nak anggar kan? Jom cuba.
RESIPI PULUT KUNING & RENDANG CARA MAK
BAHAN PULUT KUNING: (UNTUK SUKATAN 30 BOX PULUT KUNING)
3kg beras pulut – beli online disini
4.5kg santan
Serbuk kunyit – beli online disini
4 helai daun pandan
66gm garam kasar
660gm gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih beras pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan daun pandan.
2. Kukus beras pulut selama 30 minit. Letak daun pandan untuk aroma wangi. (empunya resipi alas dengan daun pisang). Angkat pulut dan letak dalam bekas.
3. Masukkan garam dan gula ke dalam santan. Masak sekejap kemudian masukkan ke dalam pulut. Kacau pulut sehingga rata dan ketepikan.
4. Masukkan kembali pulut tadi ke dalam kukusan dan kukus kali kedua dalam 10 minit.
5. Jika mahu pulut nampak berkilat cantik, letak sedikit minyak masak dan gaulkan bersama pulut sebelum dikukus kali kedua.
RESIPI RENDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ayam
2 kotak santan kecil – beli online disini
500gm kerisik (peket sederhana) – beli online disini
3 helai daun kunyit – hiris halus
3 helai daun limau purut – hiris halus
2 sudu makan gula
2 sudu makam garam
Rempah 4 sekawan
Minyak masak
Asam keping – beli online disini
BAHAN KISAR:
1 peket kecik serbuk kari – beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit
4 batang serai – hiris
6 biji bawang merah – beli online disini
2 labu bawang putih – beli online disini
10 biji cili merah
2 sudu makan biji ketumbar – beli online disini
2 sudu makan jintan putih – beli online disini
3 inci lengkuas
3 inci halia
4 sudu makan cili kisar – ikut kepedasan masing-masing (tidak perlu kisar bersama bahan lain) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masukkan minyak masak dan tumis rempah 4 sekawan serta bahan kisar sampai naik bau.
2.Masukan cili kisar dan tumis lagi sampai cili betul-betul masak.
3. Letak sedikit air dan masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, garam dan juga gula dengan secukupnya.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan santan. Masak dalam 10 minit dan taburkan daun kunyit.
5. Rendang Ayam siap dihidang bersama Pulut Kuning.
Kredit resipi & foto: Puteri Hana Sofia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/
Mudah, Simple & Sedap. Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan
Resipi Daging Dendeng Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Kg Daging.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kari Ekspres Rahmah Mudah Disediakan

Kari ni rasanya seperti kari Melayu. Rasanya lebih kurang kari yang kita biasa makan dengan roti jala tu. Tak terlalu berempah. Lebih kepada berlemak. Sedap makan dengan roti dan nasi panas.
Mudah disediakan, 15-20 minit dah siap. Itu pun mereneh yang lama sikit. Penyediaan bahan pun tak sampai 5 minit.Bahan asas ada 4 sahaja, tapi bolehlah tambah ikut kemampuan atau situasi.
Kari Ekspres Rahmah
Bahan-bahan:
6-8 orang makan
- 1 ekor ayam
- 1 kotak santan (200ml)
- 4 kiub Kari Maggi
- 1 keping asam gelugur
Cara memasak:
1.Masukkan santan dalam kuali. Reneh sehingga menggelegak. Saya tak gunakan minyak. Nanti sebahagian santan ni akan pecahkan minyak. Lemak ayam pun akan jadi minyak.
2.Masukkan kiub kari. Formulanya, ½ ekor ayam = 2 kiub kari. Saya masak seekor ayam, maka kena pakai 4 kiub. Satu kotak kiub kari ni, ada 6 kiub di dalamnya.
3.Tumis campuran santan dan kiub kari tadi sampai terbit minyak. Gunakan api kecil atau sederhana. Jangan gunakan api yang besar. Waktu ni saya tak ada tambah air lagi.
4.Dah terbit minyak, masukkan ayam, besarkan api dan gaul sampai sebati. Air ayam akan mula keluar,kemudian lemak ayam akan mula mencair menjadi minyak.
5.Tambah 500-1000ml air masak atau sehingga ketulan ayam tenggelam. Kalau nak cepat, masukkan air panas. Kuatkan api dan reneh ayam.
6.Masukkan asam gelugur. Kalau nak guna asam jawa pun boleh.
7.Masukkan daun kari, kentang dan lobak merah kalau ada. Ada orang suka letak daun limau purut dan serai dalam kari. Boleh sahaja, tak salah. Tambah air jika perlu. Reneh sampai ayam masak.
8.Akhir sekali, masukkan tomato. Siap! Senang,kan? Tak perlu letak garam. Kiub kari tu dah ada garam. Kecuali kalau kalian buat kari yang kuahnya banyak, maka kena tambah garam.
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Bosan Daging, Ini 3 Menu Ikan Super Sedap Sempoi.

Mak-mak dan akak-akak yang masih bercuti dan tak tau masak apa malam ni, ini ada tiga menu ikan yang sedap dan boleh korang cuba kalau dah mula muak dengan menu daging. Cara masaknya mudah dan rasa tidak mengecewakaan. Kalau ada tetamu yang datang makan malam pun pasti berselera makan.
.KERABU IKAN TALAPIA BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan Talapia | cuci bersih dan bakar
- 4 helai daun kaduk | mayang halus
- 1 kuntum bunga kantan segar | mayang halus
- 1 tangkai cili merah | mayang halus
- 5 biji cili padi | hiris halus
- 1 biji bawang merah | mayang halus
- 1 biji limau nipis | ambil jus
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Asingkan isi ikan Talapia dari tulangnya.
- Masukkan dalam mangkuk, kemudian tambahkan ke dalamnya semua bahan hirisan.
- Perahkan jus limau nipis.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Gaul rata sehingga cukup rasa.
PERCIK KEMBUNG DAUN KADUK
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan kembung | cuci bersih dan tos
- 1 cawan santan
- 4 helai daun kaduk | mayang halus
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 2cm kunyit hidup
- 1 batang serai
- 2cm halia
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Balut ikan dengan daun pisang kemudian bakar tawar.
2. Sementara itu, sediakan kuah percik.
3. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama santan, kacau rata.
4. Renehkan di atas api sederhana.
5. Apabila kuah pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah timbul minyak, taburkan hirisan daun kaduk ke dalamnya.
7. Kacau rata dan tutup api.
8. Buka pembalut daun pisang dari ikan. Letakkan ikan dalam pinggan hiding.
9. Tuangkan di atasnya dengan sos percik dan hidangkan.
.SAMBAL IKAN PARI MALBARI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan pari | potong kecil, bersihkan dan tos
- 2 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 1 sudu makan sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN PENUMIS:
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 2 biji bawang besar | mayang halus
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 2cm halia muda | mayang halus
- 1 batang serai | titik
- 1 sudu teh rempah biji
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan pari dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
- Kemudian masukkan rempah biji dan daun kari.
- Kacau dan kecilkan api. Baru masukkan campuran rempah kari dan serbuk cili.
- Tambah sedikit air, pes asam jawa dan sos tomato.
- Terus kacau hingga tumisan rempah masak atau terbit minyak.
- Masukkan sos tomato, ikan yang telah digoreng, gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah seimbang rasa pedas, masam, manis dan kari. Tutup api.