Cara Buat Colek Air Lada Kelantan Homemade Yang Sedap.

Share

Pernah cuba Colek Kelantan? Negeri ini memang terkenal dengan pelbagai sajian makanan yang sedap-sedap. Bila tiba bulan Ramadan, lagi meriah. Salah satu hidangan popular bila tiba bulan puasa ialah aneka colek. Colek bermaksud pencicah.

Colek Kelantan ni ada bermacam jenis. Ada colek buah, colek kerang

, colek ayam, perut, colek campur dan banyak lagi. Memang sedap! Bagi yang nak cuba, ni ada resipi Colek Air Lada yang memang serbaguna. Boleh buat cicah tauhu, paru goreng, kerang, keropok, makanan bergoreng dan sebagainya.

 

COLEK AIR LADA HOMEMADE

BAHAN KISAR HANCUR:

  • 6 tangkai cili merah
  • 2 labu bawang putih jeruk saiz kecil
  • Sedikit air

BAHAN LAIN:

  • 1/2 senduk cuka
  • 1 gelas besar air
  • 1 senduk gula
  • 2 sudu makan gula melaka hancur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan bijan sangai

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk diikuti cuka dan air.

2. Kemudian perasakan dengan gula, gula melaka dan garam. Kacau sebati. Bahan perasa boleh diubah mengikut citarasa masing-masing. Teruskan masak menggunakan api perlahan.

3. Bila colek mendidih beberapa kali, padamkan api. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan barulah dimasukkan bijan. Kacau rata.

4. Siap! Sedia dinikmati bersama aneka hidangan bergoreng, kerang, tauhu, paru dan sebagainya.

 

Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi

IKLAN