
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka membelinya.
Tapi sebenarnya ada saja cara mudah buat cinnamon rolls ini tanpa buat atau uli doh. Sebaliknya cuma guna roti paratha saja. Lagi senang dan cepat siap. Nak lagi mudah bakar dalam air fryer saja.
Rasa cinnamon rolls ekspres ini tetap sedap, lemak, manis dan lebih rangup. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Wan Ramlah Wan Rahimi ini.
Cara buat cinnamon roll ekspres guna roti paratha

Bahan-bahan
4 keping roti paratha
3 sudu mentega
2 sudu Nestum
2 sudu susu tepung
1 sudu cinnamon powder/ serbuk kayu manis
1/2 cawan gula perang

Cara Penyediaan
1. Gaul sebati mentega, Nestum, susu tepung, gula perang dan serbuk cinnamon atau serbuk kayu manis.
2. Susun 2 keping paratha. Pastikan bertindan sikit di tengah.
3. Sapu bahan yang digaul sebati tadi pada bahagian atas paratha nipis-nipis.

4. Gulung perlahan-lahan dengan kemas.
5. Potong 8 bahagian gulungan tadi.

6. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah digris mentega.

7. Panaskan air fryer 200 darjah Celsius selama 5 minit.
8. Bakar cinnamon rolls pada suhu 200 darjah Celsius selama 10 minit.

Kredit Resipi & Foto: Wan Ramlah Wan Rahimi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




