Burger Malaysia atau pau sambal ini asalnya biasa-biasa saja. Tapi bila ia datang dengan pau goreng yang gebu, isi sambal mewah disumbat ikan bilis garing dan salad kerinting yang segar, burger Malaysia ini jadi premium.
Burger Malaysia versi kayangan ini diilhamkan oleh Azlina Ina. Nampak sedap sungguh kan. Beliau turut berkongsi resipi burger Malaysia istimewa ini untuk kita cuba sendiri. Nak buat berniaga pun boleh, dihalalkan katanya.
Burger Malaysia kayangan
Bahan-bahan untuk sambal
10 ulas bawang merah dan 2 labu bawang besar belah 4
1/2 genggam bilis halus
4 ulas bawang putih
(Kisar 3 bahan di atas dan ketepikan)
20-30 tangkai cili kering (rendam air panas tos & kisar dengan sedikit air masak dan minyak supaya biji lada hancur)
Sedikit gula melaka
Sedikit asam jawa
Garam, gula dan perisa
Minyak masak
Cara membuat sambal:
1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Lebih pun tak mengapa. Tumis bawang besar dan bawang putih kisar tadi sehingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata dan terus masukkan gula biasa sedikit ikut kemanisan yang dikendaki, tambah gula melaka seketul.
3. Masak api perlahan, lagi lama lagi sedap (Mak ina akan masak akan lebih dari 2 jam ya. Dah garing tambah air sikit-sikit sampai sambal bertukar warna maroon dan minyak naik atas permukaan.
Ads
4. Akhir sekali baru masuk garam dan perisa serta sedikit air asam jawa, lebih kurang 1 sudu besar.
Sambal yang dimasak lama, akan lebih tahan lama jadi untuk berniaga lebih bagus masak lama.
Untuk sambal ini mak masak 3 jam, tambah air banyak kali sampai pekat dan sebati jadi tak sakit perit bila makan. Boleh simpan luar 7-8 hari tak basi dan tak rosak.
Bahan untuk doh
BAHAN A
1 kg tepung High Protein
Garam sedikit.
150gm gula
40 gm susu tepung
10 gm yis
5 gm bread improver
Ads
BAHAN B
550 gm -air sejuk
1 biji telur
BAHAN C
100 gm marjerin – 100gm
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan A. Pukul speed 1. Kemudian masukkan bahan B perlahan-lahan. Pukul speed 1 bagi bahan-bahan bercampur.
2. Ubah speed 2 bila doh dah betul betul sebati. Masukkan bahan C. Pukul sampai elastik.
Ads
3. Rounding kan 35g, untuk sukatan ini 1 kg dapat 50 biji.
4. Kemudian tabur sikit tepung atas tray. Tutup doh dengan wrap biar selama 30 minit.
5. Goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana ya. Dah goreng tos.
6. Tip untuk burger nampak cantik, warna sekata waktu panaskan minyak masukkan 3 sudu besar shortening ke dalam minyak panas. Biar larut baru goreng burger.
7. Waktu isi burger pastikan sambal tadi jangan ceduk bahagian minyak supaya tak meresap dalam burger (sebaiknya ceduk dulu minyak, ketepikan). Masukkan ikan bilis yang digoreng garing dan juga salad segar.
Kreativiti di dapur bergantung pada cara dan apa yang dimasak. Kalau sedang diet, memang kena kreatif untuk menyediakan hidangan sesuai dengan keperluan kalori dalam badan.
Sekarang ni banyak je menu sihat tapi sedap. Jadi korang janganlah anggap nak diet kena makan makanan yang taste less tau. Jom buat makanan yang sihat ni.
CHICKY WRAP
Bahan-Bahan:
1 keping isi ayam bahagian dada
Minyak masak untuk menggoreng
5 keping tortila atau capati
1 tangkai salad
Sedikit mayones
Sedikit lada sulah
Cara Membuat:
1) Basuh dada ayam dan potong dalam bentuk kepingan.
2) Panaskan api dan goreng dengan api sederhana hingga kelihatan kuning keemasan.
3) Potong memanjang kepingan ayam yang telah digoreng tadi dan letakkan di atas kepingan tortilla atau capati.
4) Letakkan salad. Tuangkan sos mayones dan sedikit lada sulah.
5) Gulung dan cucuk dengan lidi untuk mengemaskan gulungan Chicky Wrap tadi.
HEALTHY SANDWIC
Bahan-bahan
1 buku roti bijan (dipotong nipis)
3 helai salad segar
Hirisan tomato dan bawang (BELI DI SINI)
Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)
1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)
2 keping keju ceddar
1 sudu sos tomato
½ sudu mayones (jika suka)
Cara membuat:
1) Bakar roti sehingga sedikit berwarna.
2) Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju.
3) Kemudian letakkan sos tomato dan mayones.
Tat telur Portugis ala Kings. Guna puff pastry segera. Selain itu, lebih memudahkan dan menjimatkan masa.
Yang penting, ia sangat sedap, rasanya hampir sama dengan yang dijual di Kings. Boleh try buat sendiri nanti ye. Dapatlah makan sepuas hati. Kalau nak beli, harganya boleh tahan juga.
Ikuti perkongsian daripada puan Siti Suhaida Mohd Sani (Resipi asal Faridah Ainuddin). Untuk resipi ini, boleh dapat 20-24 biji tat saiz muffin tray.
Tat Telur Portugis
Bahan-bahan:
1 pek kecik puff pastry brand Kawan (yang saiz kecil)
Gunakan puff pastry yang tersedia dijual. Jimat masa dan memudahkan.
Canai nipis puff pastry tapi jangan nipis sangat ye. Potong kepada dua bahagian. Jadi, sekeping puff akan dapat dua biji tat telur nanti. Buat sampai habis untuk setiap keping puff.
Kemudian ambil acuan muffin. Tekan-tekan puuff pastry ke dalam loyang itu. Refer gambar ye.
Untuk inti; Campur susu, air, telur, gula kastor, vanilla dan tepung jagung dalam satu mangkuk. Pukul sebati dengan menggunakan whisk.
Tapis adunan dan tuang sampai penuh dalam puff pastry yang dah ditekan-tekan di dalam loyang muffin tadi.
Bakar suhu 200 darjah selama 40 minit atau sehingga ade kehitaman sikit atas permukaan tat.
Menu roti sering dihidangkan ketika sarapan. Kadang kala roti yang dibeli jika dalam kuantiti yang besar sukar nak habiskan, silap hari tamat tempoh. Jadi kalau tak nak membazir, jom buat roti berhantu ni. Sekali makan gerenti susah nak berhenti. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kurang. Memang senang nak buat sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu.
Roti Telur Berhantu
Bahan-bahan:
6 keping roti
Susu pekat manis
2 biji telur
Cara membuat:
1.Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat.
2.Kacaulah bagi ia sebati
3.Celup roti.
4.Bahagi dua belah dan celup.
5.Gorenglah tanpa minyak atau kurang sebab kalau minyak banyak ia meresap.
Rahsia dapur tenang tanpa letupan! Ketahui 6 bahan semula jadi paling berkesan untuk elak minyak meletup ketika goreng ikan. Petua mudah, murah dan selamat yang wajib cuba di dapur anda.