Cara Buat Bubur Lambuk Daging Sedap, Cepat Masak Guna Rice Cooker

Share

Bubur Lambuk Daging memang popular dan sinonim dengan bulan puasa. Pendek kata kalau tak makan juadah ni waktu berbuka, rasa tak lengkap. Bagi anda yang teringin nak cuba masak Bubur Lambuk versi Utara yang enak, saudari Nur Haziqah ada kongsikan resipinya. Jom cuba. Sangat sedap dan membuka selera.

 

RESIPI BUBUR LAMBUK DAGING MUDAH & SIMPLE GUNA RICE COOKER

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 pot beras – basuh, rendam selama 15 minit dan toskan
  • Daging – dihiris kecil, basuh dan toskan
  • 1 bungkus Perencah Sup beli online disini
  • Daun sup – dihiris kecil
  • 1 batang lobak merah – potong dadu
  • 1 biji ubi kentang – potong dadu beli online disini
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam beli online disini
  • 100ml santan
  • 2 liter air
  • Bawang goreng beli online disini
  • Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.

4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.

5. Masukkan beras dan kacau rata.

6. Masukkan periuk beras ke dalam rice cooker.

7. Masukkan air, ubi kentang dan lobak merah.

8. Masak sehingga beras kembang.

9. Bila beras sudah kembang, masukkan santan, gula, garam, serbuk lada hitam, daun sup dan bawang goreng.

10. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.

11.Bubur Lambuk Daging versi Utara yang sedap sedia untuk dihidang.

 

Kredit resipi & foto: Nur Haziqah

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN